hatiku milik Tuhan...


i am belong to whom?


Alhamdulillah.. I should address today as a day full of blessing..? Everyday is a day full of blessing from Allah Taala.. and it's just me who don't much notice it..it's ashamed to miss to watch the glory of the Creator, Allah The Almighty..


Pagi tadi.. xde klas, so port terbaek mlepak is surau.. kasi tenang sket jiwe yg bergelora 24 7 ni..huhu.. niat suci nak settlekan assigment Intro to American culture..gotta say, it is a nice thing to learn (although d movie was super boring 'neway I've managed to wake up b4 d movie ended..kire tonton laa jugak kan...hehe)


'Neway, alang2 browse infos, ak bukak le email..skali dpt this one email from my ex roommates mase kat kmj dulu..cek sara..so bukaklaa kan..masya Allah..tergamam aku baca email tu..nak tahu ape isi kandungannye??


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk

besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat

yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak
berbukit atau bulat seperti bumi.


4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yg kembang membesar dari biji benih.


5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.


7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.


8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


10. Terdapat satu kolam ( ÍæÖ ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

a. Pemimpin yang adil.
b. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
d. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
"Aku takut pada Allah".
f. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi
Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya
mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang
lain adalah 1000 tahun perjalanan.


13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.


14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


15. ‘Arasy ( ÚÑÔ ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.
Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


16. Kursi ( ßÑÓí ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah
ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.


21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa.


22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab
untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


26. Syafaat Nabi Muhammad s..a.w. di akhirat :


a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korbandan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:


Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.


hmm.. amcam? speechless? berdebar? jantung rase mcm nak pecah? tgn da sejuk? badan da menggigil ketakutan? atau.... takde paper feeling?


tak perlu la kot ak describe perasaan ak sesudah mmbace artikel ni.. sbb ak yakin, feeling ak more or less like korang smue stelah mmbacanya..
dan skg mungkin baru kite TERcelikkan mata dr dunia fantasi ni..yg bg kite b4 this full with joy and laughter n we hv d keys to access to every thing that we desire for..we thought we have d keys to d real happiness, but we were hipnotized, we were lied by all d fake luxury laid upon us.we have to find d key.. we need d key..and frankly, we actually know where d key is, but we tend to ignore it..d key to eternal success and happiness is "Lailahaillallah Muhammadurrasulullah"


Aku xhebat dlm berkata2 umpama ulama'
Aku xterel dlm bab2 nak 'skolah' kan org ni sbb dri sndri pun tak ter'skolah'
tp bila kekadg tu Allah kasi peluang nak baiki diri, petik kata2 yg bleh sentap dada, ak rase jgn dibiarkan..ni tandanya Allah sayangkan kita..it's nothing corny, it's life..and bile kekdg sentuh je bab agama, tak yah sentuh laa, eja je A-G-A-M-A, bersepah2 makhluk larikan diri..asal ey? kekdg ak pun cm2 nk2 klu progrm kt tele..adoi, mmg laa mggoda iman..


ak nk sbut2 psl firman2 Allah  ni ak tak berani, tkt slh, tp ak pnh terbaca, lebih kurang gini mksudnya, idop kt dunia ni adalah palsu semata2, nikmat dunia yg tak terhingga ni smua medium utk kita dpt happy ending or endless nightmares.. so Allah ingatkn kite supaye kejarkan happy ending kt perkampungan akhirat yg kekal abadi tu... (firman Allah yg gunakan ayat sbnr ak x hingat, tp maksudnya lebh kurang begini....betulkan ak klu silap kay)
jadi, back to d artikel, ak yakin artikel ni leh kite smue jadikan precaution supaya bertaubat segera dan seikhlas hati, dan xmo wat lagi dosa2 (wlupun kite ni hina gila n agk payah utk xbuat dosa, kita bkn ma'som, tp tu bkn alsan, cube yg terbaek, Allah sayang hamba-Nya yg brusaha nak pikat hati-Nya dgn amalan berganda...wallahualam)


ak pnh dgr org ckp, "aku cintakan Allah" dan even ak sndri pnh ckp "Aku cintakan Allah," dan sememangnye ak yakin ayat cinta ini dtgnye dari hati seorang hamba yg ikhlas mencintai Tuhannya..tp jauh mane keikhlasan tu? byk mane determination cinta kite pada Tuhan kita??
Aku ad pnh terbaca, Allah ada berfirman, tp ak tak brape ingt ayat sbnrnya, tp maksudnya lbeh kurang gini.. kita ckp kita cintakan Allah..berulang kali bibir ni sebut I Love you Allah, dah mcm mentera..tp bila dtgnya sepertiga malam, ketika Allah turun ke bumi utk berkhalwat bersama kekasihNya yang bangkit di tgh2 mlm utk bermunajat kpd Tuhannya, bercinta dan menemui Tuhannya, yg membasahkan lidahnya dgn zikrullah, dgn linangan air mata semata-mata hanya kerana Allah dan hanya untuk Allah dan kerana takutkan Allah..


tapi kite yg sentiasa ckp "Aku cintakan Allah" ni...segar ke pada sepertiga mlm utk menemui Sang Kekasih? berwudu' tak kita? sembah sujud x kita kpd Nya? dan bila kita lena diulit mimpi2 indah fantasi semata2, sesungguhnya kite da berdusta..kata kita cintakan Allah, tp bila Allah turun mahu menemui hambaNya yang dikata mencintai Nya, di manakah hamba2 Nya itu pd ketika itu?? wallahualam..


dan aku doa...moga kita smua slowly ubah diri..tingkatkan amalan..try bgn mlm dan wat sunat tahajud, ngaji, munajat pada Yang Maha Pengasih..byk mane pun kite beribadah, takkan terbalasnye nikmat Allah beri kt kite...that's d least we can do...to show our love and appreciation to Him..insya Allah..


ma'at taufiq, moga kita beroleh kemenangan sebenarnya di akhirat kelak insya Allah..amin..
take care..^_^








Comments

Popular Posts