Aku bukan Hana Tajima! 1, 2, 3
BAB 1
‘Takpa. Baru bunyi. Kejap lagi bangun la tu.’
Lagu Flight of the bumblebee memekakkan
telinga. Maya pejam mata. Nafas ditarik panjang. Setiap pagi, dugaan yang sama
inilah yang terpaksa dia redah. Dipaksa lidahnya menyambung kembali bacaan ayat
suci surah Al-Baqarah.
Baru saja
lidahnya membaca ‘Au’dzubillah’,
deringan Flight of the bumblebee memekak lagi. Maya mencium Al-Quran dan
diletakkan di atas almari sebelah katil. Sekali. Dua kali. Aku boleh bersabar
lagi. Tapi.. Tujuh kali. Tak boleh jadi ni!
Dengan telekung masih tersarung, Maya berjalan laju ke
bilik seberang. Langkahnya bagai nak pergi berperang. Kaki menghentak lantai
kayu dengan gagahnya. Pintu bilik Hana diketuk kuat.
“Hana! Bangun!”
Tapi, masih
tiada respon. Minah ni telinga cap kereta kebal ke apa?
“Weh Hana! Bangun la! Solat Subuh!”
Maya menjerit lagi sambil tangannya menggandakan tenaga
yang dipalu ke pintu bilik Hana. Kali ni dinding rumah pun terasa gegarannya.
Maya menghentak lagi kuat. Harapan, pintu Hana nak terbukak. Sebaliknya pintu
bilik sebelah pulak yang terkuak. Muka serabut Jannah terpacul. Maya menjamah
wajah housemate seorang ni.
“Pukul berapa sekarang?” Tanya Jannah masih separuh
sedar. Mulutnya menguap besar. Sebelah mata terpisat-pisat menahan panahan
cahaya lampu.
“6.35 pagi dah! Kejut si Hana ni. Takkan hari-hari nak
subuh gajah!”
Nada suaranya sarkastik. Peduli apa. Pintu bilik Hana ditendang
kuat. Ilmu taekwando dipraktik sepenuhnya. Maya
senyum puas. Confirm, mesti minah ni celik punya. Nasib baik skru pintu tak tercabut terkena flying kick Tun Tuah Maharaja Bugis.
“Dendam asam pedas aku yang kau rembat semalam tak
habis lagi he Na, ni tambah pulak dengan perangai liat nak bangun Subuh kau!
Apa nak jadi ni?” Bebel Maya kuat.
Tiga saat kemudian, Hana keluar dari bilik dengan mata
yang masih terpejam. Macam kena glu! Hidungnya kembang-kempis. Sniffing udara
pagi subuh hari. Pandangan mata mereka berdua melekat padanya. Rasa loya
membuak-buak. Maya berkerut seribu.
Serius,
perempuan ni... Jannah geleng kepala.
Tahi mata berkati kat mata dan stokin Angry Bird tersarung di tangan. Rambut macam
sarang burung. Sepit rambut terjuntai di hujung rambut. Tisu terjulur keluar
dari lubang hidung kanannya.
What a view.
Jannah menjilat jari dan merapikan rambut Hana dengan jarinya.
Rutin harian mereka. Sesi merapikan rambut selepas bangun tidur. Hana menarik
senyum. Setakat air liur Jannah, apalah sangat. Baru air liur, belum lagi
hingus ke cecair lain ke.
“Thank you,” Balas Hana. Matanya masih terpejam. Hanya
bibirnya mengukir senyum segaris.
“Sama-sama,” Angguk. Jannah mengenggam tangan Hana dan
mereka bergerak bersama-sama ke tandas. Jannah mengambil ubat gigi dan dihulur
kepada Hana.
“Thanks lagi,” Ucap Hana, mengumam.
"Hmm.."Jannah mengangguk sekali.
Maya yang dari tadi menjadi pemerhati tercengang melihat
upacara membersihkan diri budak dua orang itu. Nafasnya turun-naik. Mendadak
naik suhu badannya.
Ni kalau biarkan
sampai masuk waktu Zohor pun tak habis lagi sesi ‘ber-thank you’ diaorang ni.
Pintu bilik air digendang kuat.
“Kau ingat Subuh nak tunggu kau sampai besok pagi ke!”
Satu ayat daripada Maya memaksa mereka berdua bergerak sepantas kilat. Akhirnya
solat Subuh secara berjemaah sempat dilaksanakan. Syukur, alhamdulillah.
BAB 2
“Morning Si Comel!”
Budin dengan senyuman pembaca beritanya. Hana membalas
senyuman Budin, macam biasa, sambil helmet yang dikepit dicelah lengan kanan
bertukar ke lengan kiri.
“Morning Budin!” Matanya mendarat pada paper cup Coffee Bean di
tangan kanan Budin, memberi signal.
“Ye memang Budin beli ni untuk Hana pun!”
Budin menghulur paper cup itu kepada Hana yang dah
tersengih-sengih. “Terima kasih Budin. Kaulah lelaki paling budiman pernah aku
jumpa!” Hana melempar senyuman lemak berkrim sambil tangannya menekan butang
naik pada lif.
“Bapak Budin tu Hana!” Jeling Budin.
Hana tergelak. Lupa pulak si Budin ni bin Budiman. “Alaa
kau ni Budin. Itu pun nak tersinggung. Tak cool langsung!” Hana menapak masuk
ke dalam lif sejurus pintu lif terbuka. Budin mengikut dari belakang.
“Budin dah cukup cool dah belikan hot choc untuk Hana
tau!” Rengus Budin masih mengomel tak habis-habis dari tadi. “Ye ye Budin yang
cool. Terima kasih daun keladi. Untunglah siapa kahwin dengan Budin.” Hana
masih terkekeh ketawa. Pagi-pagi lagi endorfin dah dirembes ke dalam sistemnya.
“Hana tak nak ke kahwin dengan Budin?”
Serta-merta kening anak dara itu terjungkit. Hana
menoleh memandang Budin. Bab-bab kahwin ni jangan dipetik. Pantang sungguh
telinganya mendengar satu perkataan itu.
“Budin, kau ni kot ye pun, romantiklah sikit. Ada ke
patut lamar aku macam tu je? At least melututlah sambil hulur bunga ke, cincin
diamond besar ni ke. Barulah terharu sikit. Ini setakat dalam lif. Ceh, memang
ke laut la Budin.”
Bebel Hana sambil tangan kirinya digenggam dan diletak
di atas tangan kanan, menayang kepada Budin fantasi lamaran dan cincin yang
diimpinya. Terus mata Budin terbeliak. Wajahnya sedikit biru.
“Tak naklah Budin kahwin dengan Hana. High maintenance.
Buat habis beras je!” Balas Budin sambil melangkah keluar dari lif. Tawa Hana
pecah lagi.
“Alaa Budin,
janganlah macam ni. Tadi kata nak kahwin dengan aku!” Hana mengekori langkah
lelaki itu.
“Tolong, Hana dah gila!” Jerit Budin sebaik saja pintu department
HR dibuka. Satu pejabat memandang mereka. Ada yang melopong, ada yang tergelak,
ada yang tersedak, ada yang menjerit sekali membuat background echo dan ada
juga yang menjeling menyampah.
“Hei korang ni. Pagi-pagi dah buat tayangan sinetron.”
Kak Mida menggeleng.Tangannya direhatkan atas dinding cubicle sambil matanya
menjamah wajah Hana dan Budin bergilir-gilir.
“Budin start dulu Kak Mida. Mula-mula dia lamar Hana,
lepas tu dia reject Hana pulak. Tak guna betul.” Bising Hana dengan muka penuh
emosi.
“Dah demand macam-macam, siapa larat? Dahlah mintak
benda-benda mengarut. Ada ke patut dia nak cincin besar penumbuk! Dia ingat
pakcik Budiman tu tokeh ayam agaknya!” Laju jari telunjuknya lurus ke arah Hana
yang dah ketawa mengekeh sambil memegang perut.
“Laa ye ke? Ingatkan pakcik Budiman tokeh sotong tadi!”
Sakat Hana tak nak kalah. “Apa sotong-sotong? Budin ni jantan tau! Cuma
kadang-kadang tu takut sikit je!” Balas Budin. Tangannya dah mencekak pinggang.
“Eh terasa pulak. Ada aku sebut nama kau ke?” Lagi
menggila tawa Hana. Nama Budin dan sotong diharamkan diletakkan dalam satu
ayat, mengikut kata Budin.
Budin yang dah hilang kosa kata nak membidas Hana
sekadar menjelingkan mata. Lagi lama dia melayan si Hana ni, lagi menyakitkan
hati. Baik menyerah kalah je. “Eleh sentap. Hati besar kuman. Apa daa.” Ejek
Hana masih kental menyakat.
“Tak nak belanja Hana hot choc lagi!” Jerit Budin,
menjelir lidah.
“Tak nak sudah. Tak heran pun.” Hana membuat muka
sambil mengajuk Budin. Tak nak belanja hot choc konon. Percayalah, gerenti esok
pagi depan elevator tu Budin dah menapak dengan hot choc di tangan. Confirm!
“Dah jangan kacau Budin! Budin nak buat kerja!” Sambil
menghentak kaki, Budin berjalan laju ke bilik pantry. Nak buat milo panas.
“Ohh buat kerja kat pantry eh Budin?” Perli Hana kuat. Sengaja
nak menaikkan suhu lelaki itu. “Diamlah!” Balas Budin geram.
Hana melompat bila lengan kanannya ditepuk Kak Mida. “Kau
ni Hana, nakal betul! Perangai macam budak-budak. Suka nau majal si Budin tu.” Tegur
Kak Mida separuh marah separuh bergurau.
“Dah tu nak majal siapa lagi? Muka Budin tu memang muka
mintak kena majal. Bukan salah Hana.” Balas Hana nakal. Rasa bersalah sedikit
pun tak terdetik dalam hatinya. Kak Mida menggeleng.
“Mentang-mentang
si Budin tu tak berapa keras. Kau buli je dia.”
Terus mulut Hana melopong. Jari telunjuknya
digoyang-goyang. “Haaa haaa Kak Mida kata Budin lembut. Cakap kat Budin. Habislah
akak.” Kali ni giliran Kak Mida pulak disakatnya.
Pinggang Hana dicucuk. “Aku pun kau nak menyakat!”
Ketawa terlepas dari mulut Hana. “Dahlah, daripada akak melayan kau, baik akak
join Budin buat air milo.” Kak Mida dah malas nak melayan Hana. Sebelum pergi,
sempat dia menepuk lengan gadis nakal itu.
“Kak Mida! Mai secawan!” Jerit Hana, mengundang tawa
satu department.
BAB 3
Hana sedang duduk bersila di atas meja pantry sambil
meniup-niup mug apabila Kak Mida masuk dengan muka yang serabut. “Ni apasal
muka macam tak kentut seminggu ni Kak Mida?”
Senyuman senget dilempar Hana bila Kak Mida mencubit
pehanya. “Kau takda kerja ke dok melepak kat pantry ni?” Tanya Kak Mida
berbasi. Dia menyandar pada sinki.
“Sebab ada kerjalah Hana lepak kat pantry ni. Laparlah.
Apa-apahal perut kena isi dulu. Ni akak ni apasal ? Ceritalah. Kalau tak nak
cerita mesej, mesej.” Hana menghulurkan handphonenya. Kak Mida tergelak kecil. Kepala
digeleng-geleng.
“Ada je kau ni.”
Hana tersenyum bila muka Kak Mida mula nampak serinya. “Kenapa?”
Kening dijungkit. Akhirnya Kak Mida melepaskan satu keluhan berat.
“Hana tahu kan anak Mr. Takahashi nak datang Malaysia?”
Kak Mida menarik kerusi dan duduk.Tubuhnya menghadap Hana yang masih meniup mug
yang melekat di tangannya.
Gadis itu mengangguk. “Hana dengar Powerpuff girls
bercerita.”
Kak Mida tersenyum. Powerpuff girls, panggilan khas
untuk Joy, Rin dan Pinat. Tiga sekawan. Tak kira masa, tak kira tempat, mereka
mesti bertiga. Baik buat kerja, bergosip, makan, tidur, mereka tetap bertiga. Itu
sebab satu syarikat panggil mereka The Powerpuff girls. Sekali mereka buat
gosip, sekelip mata, satu pejabat kecoh. Orang lagi percaya cakap mereka dari
baca Harian Metro.
“Diaorang cakap anak Mr. Takahashi tu nak take over
tempat bapak dia. Macam tu la. Lepas tu diaorang cakap anak dia hensem la, kaya
la, macam Brad Pitt la. Heboh.” Tambah Hana masih teringat aksi joyah Joy, Rin
dan Pinat. Dahsyat.
Kak Mida mengangguk. “So apa kena mengena anak dia
dengan akak pulak?” Hana menghirup sedikit air milo panas yang dah ditiupnya
sejak sepuluh minit yang lalu. Matanya melekat pada wajah Kak Mida.
“Akak kena jadi assistant anak dia. Kena inform semua
pasal company ni, latest update, lepas tu kena tunjuk dia tempat-tempat kat
Malaysia, jaga dia, semualah.” Cerita Kak Mida.
Hana terangguk-angguk. Air milo terus dihirupnya. “Ohh,
kira akak macam kena babysit anak dia la eh. Okay, so apa masalahnya? Jadi jela
babysitter anak dia.” Balas Hana acuh tak acuh. Dia tak nampak apa masalah Kak
Mida.
“Masalahnya, akak ni mengandung Hana oi. Bila-bila je
boleh keluar budak ni. Akak tak larat nak terkejar sana sini Hana. Lagipun,
esokkan cuti raya Haji. Akak kena balik Kedah. Laki akak nak balik kampung. Memang
akak tak dapat nak jadi assisstant anak Mr. Takahashi tu, Hana.”
Tangan wanita berusia pertengahan 30-an itu mengusap
perutnya yang semakin membusung, membentuk bulatan. Hana memandang Kak Mida
yang semakin runsing. Seolah-olah terdapat awan gelap bersama ribut petir di
atas kepala Kak Mida. “Suruh je Budin tolong akak.” Automatik nama Budin
dipetiknya. Siapa lagi orang yang mampu buat kerja-kerja macam ni kalau bukan
mamat separuh tu?
“Dah. Akak dah tanya dia. Kebetulan dia join team
R&D untuk projek mega A tu. So memang tengah pack sangat jadual dia. Dia
siap tunjuk diari dia kat akak. Memang penuh. Kesian pulak kalau nak paksa dia.
Eh Hana tak tahu ke pasal ni?” Kak Mida bertanya pelik. Hana dari department
R&D, mustahil dia tak tahu tentang serapan masuk sementara Budin ke
department itu.
“A’ah. Lupa pulak. Actually Hana yang cadang nama dia
masuk team kitaorang.” Balas Hana sambil menggaru-garu telinga, satu habit bila
dia malu. Kak Mida menarik muka. Mengalahkan orang tua budak ni. Semedang
lupanya.
“So, akak nak buat apa sekarang?” Tanya Hana.
“Ni yang akak nak cakap ni. Akak nak mintak Hana..”
Belum pun sempat habis ayatnya, Hana dah geleng laju. Kedua tangannya
digoyang-goyang mengipas udara. “Akak, Hana pun nak balik raya! Lembu Hana dah
sedia nak kena sembelih dah kat kampung tu.” Balas Hana laju.
“Hana, tolonglah akak. Hana je yang boleh tolong akak
sekarang ni. Nak harapkan orang lain, takda siapa lagi. Pleasee,” Rayu Kak
Mida. Wajahnya penuh mengharap.
“Akak, akak ni lupa ke yang Hana pun team R&D jugak.
Macam Budin. Akak nak tengok diari Hana pulak? Lagi penuh. Takda ruang nak
tulis dah pun.” Hana cuba menerangkan kesibukan jadualnya kepada Kak Mida. Bukan
dia tak nak tolong, tapi masalah dia sendiri pun dia tak terselesai, inikan
pulak nak selesaikan masalah orang lain.
“Hana kan ketua team R&D. Lagipun, Hana orang lama
kat situ. Tak banyak kerja sangat macam si Budin tu. Tolonglah akak Hana. Kali
ni je. Akak janji. Ni last. Pleasee, Hana, please.” Tangan Hana dipegang erat.
Hana menjeling Kak Mida. Ingat ketua team tak banyak
kerja ke? Banyak tau! Bertingkat tau! “Akak ni. Yelah, yelah, Hana tolonglah. Tapi
ni last tau. Lepas ni Hana dah tak boleh tolong akak.” Akhirnya dia terpaksa
bersetuju. Dah tak sanggup nak tengok muka sekonyot Kak Mida tu. Boleh hilang
selera makan seminggu.
“Oh Hana, akak sayang kau. Kau memang baik Na. Thank
you!” Dahi Hana dicium lama. Hana menolak Kak Mida. “Tumpah milo ni kat baju
Zalora akak tu nanti, menangis 2 bulan.”
Kak Mida tergelak kecil. “Thanks Hana. Allah je yang
mampu balas jasa kau.” Kak Mida belum habis dengan sesi berterima kasihnya. “Ye
ye, aamiin. So kak, mana port folio projeck babysitting kita ni?”
“Nanti akak bagi Hana fail akak. Dalam fail tu ada semua
yang patut Hana buat sepanjang jadi assisstant anak Mr. Takahashi tu. So don’t
worry la okay.” Tangan kanan Hana digenggam erat.
“Okay cool. Bila dia sampai Malaysia?” Tanya Hana. Air
milo dihirupnya lagi.
“Esok.”
Dan, muka Kak Mida disembur dengan air milo.
***
have fun reading this. (watak2 di atas tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia..rekaan semata. ;)
-RoseBud
Comments
Post a Comment