kahwin, jom kahwin!

 Nasihat aku kepada ulat-ulat buku sekalian ialah..


"KALAU AWAK MEMBACA DALAM KERETA NANTI KEPALA AWAK RASA MACAM NAK MELETUP, PERUT RASA MUAL, SATU BADAN TAK SELESA..."


dan tadi aku merasainya..bahkan sampai laa ni masih ada sisa baki pening-pening lalat..tadi bangun lambat.. Jam tak berkokok. tau-tau je, aku bangun bila matahari dah terpacak atas kepala. Aku capai tuala dan pergi mandi. Dah wangi, aku bukak peti sejuk, brunch, 2 mangkuk cereal masuk esofagus. 


Ibu balik dari beli gula di kedai serbaguna (gula sekarang on demand! berebut orang membelinye. setiap pengguna tak boleh beli gula melebihi 4kg!) Ibu ajak balik kampung. esok saudara kahwin, tapi maybe tak dapat pergi sebab kena pergi johor, abang Kam kahwin.jadi pergi hari ni laa.. aku pun setuju dengan berat hati.. 


Sebenarnya, aku tak gemar balik kampung. Bukan sebab aku 'orang bandar' ke atau aku perasan aku ni 'orang bandar' tapi kerna bila aku balik kampung, aku tak rasa macam kat kampung. Aku ada satu feeling bilamana setiap kali aku ke kampung, feeling yang sama ni akan memenuhi dada dan aku rasa sungguh tak selesa.....rasa lain macam..


Aku tak sure ini syndrome apa, tapi aku ada feeling tertentu untuk tempat tertentu. Contoh. Dulu, setiap kali on the way balik asrama, aku mesti ada satu feeling ni. Feeling yg sama sepanjang 5 tahun aku duduk asrama. feeling itu jelaa.. sama juga balik kampung. Feeling balik kampung tu juga.. Kalau pergi tengok wayang kat MBO, aku ada feeling lain.Kalau tengok wayang kat GSC, feeling lain pula. Hati aku ada banyak ruang untuk banyak feelings.


Tapi tadi, aku tak balik ke kampung yg aku selalu pergi, aku pergi kampung belah atok aku. Mulanya aku rasa mual (dek baca komik dalam perjalanan). Kepala aku berpusing.Tapi bila aku jejak je kaki ke tanah, masya-Allah. Aku nampak pokok hijau keliling. Terasa sejuk mata, damai di hati. Aku harus daki bukit untuk ke rumah si pengantin. Sepanjang pendakian, di kanan aku ada kandang kambing. Siap ada baby kambing! 2 ekor..tomey... di kiri aku pula ada angsa. Bisingnya, masya-Allah. mula-mula tu aku ingat bunyi tu bunyi kambing. Ibu dah tepuk dahi sambil geleng kepala...angsa dan kambing punya bunyi pun aku tak boleh beza.... 
*blushing*


sampai je kat puncak, aku tengok beberapa org lelaki tengah mengetuk, mengergaji, dan memanjat. Aku up close, rupanya lelaki-lelaki itu sedang membina pelamin! Rahang aku jatuh 4 inci. Sungguh hebat. 10 minit kemudian, aku sedang belajar melipat napkin. Stail tanjak, stail rebung, stail lilin..etc. Habis semua napkin aku lipat. lepas tu pakcik klate tu puji hasil karya aku. *blushing lagi*


Lepas tu, aku melangkah ke sekumpulan nenek (ke makcik) yg sedang melapah dan memotong daging lombu.(panggilan nenek2 tu). Nenek sekalian introduce kan trachea lombu kat aku, lepas tu, paru-paru lombu, poghot lombu, jantung, hati, pedal dan lemak..aku menanti je mana laaa telor lombu ni, bila la nenek nak perkenalkan tolor lombu ni, tapi malangnya nenek tu dah potong awal-awal kot.... kecewa.


Senyum. Aku enjoy tengok orang-orang kampung tolong ramai-ramai masak, lapah daging, hias pelamin, sibuk , penat tapi enjoy. Aku tak pernah rasa life kampung sebenar. Kampung camni laa aku nak. Walaupun aku dapat rasakan waktu malam mesti creepy punya. tapi asalkan ramai orang berkumpul, tarapapa laa..




akhir kata, perjalanan balik ke rumah aku terseksa sebab kepala aku berpinar bagai nak rak. satu badan tak sedap..tatau kenapa... haiilaa..


lagi 1, aku dah 2 kali mimpi aku hampir kahwin, tapi tak jadi. ee petanda apa tu? Ni semua gara-gara kenduri kahwin tanpa henti laa ni..satu hari sampai 4 kenduri kahwin, dengan aku sekali termimpi nak kahwin..hadoi...


Anway, aku harap ketidak-sedap-an hati aku yang sudah agak lama melanda jiwa ni surut laa ya.. Terasa mahu menangis, tapi atas sebab apa? Terasa mahu luahkan, tapi nak luahkan apa? kat siapa? -hmmm-


peace

Comments

Popular Posts