detektif movie

Movies.


atau dalam bahasa lembutnya filem..
Selalunya aku akan cuba avoid filem-filem Melayu, dan bkn kerana aku benci kat orang Melayu tetapi kerana aku pernah menonton filem2 melayu yg sangat menghampakan aku seperti Gila Bola, Cinta 2020 ke apa tu. Pelakonnya Rashid Sidek dan Wardina kalau tak silap.. Haiilaa... Sedih aku tonton filem tu. Aku admire anak-anak sidek, maklum la dah itu je komik aku baca masa zaman aku mula nak bersukan.tapi bila aku tonton filem tu, aku rasa, Encik Rashid, give up je la berlakon. Awak lagi hebat pegang raket dari ckp depan kamera.




Hari tu aku sdg terbaring depan tv. Tiba-tiba aku terdengar lagu.. 
Bila cinta ini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta
Masa lalu......... dan hati aku terpesona mendengarnya. lalu aku buka mata dan perkataan 'LAGENDA BUDAK SETAN' tertera. 


Ahadiat Akashah. satu nama yg bermain dlm kepala. Karyanya mengikat jiwa aku. Sentuhannya menyuntik nafas dalam hidup aku. Aku suka karya Ahadiat Akashah sebab dia kreatif. Kepala dia putus fius. Idea dia luar alam. Novel Lagenda Budak Setan, Pilot Cafe, Secangkir kopi panas di Pilot Cafe, Katerina, Untuk 3 hari, Hikayat Cinderella..etc. Ya, benar, karyanya lebih tua dari aku. Umur baya aku lazimnya menyukai novel keluaran Alaf 21, tapi aku beza..aku suka karya Ahadiat dan juga pendatang baru- HLOVATE!


Kembali pada LBS, Aku dapat rasakan filemnya sebaik novelnya. Aku yakin filemnya seagung novelnya. Jadi, aku tak tunggu lama. MBO belum buka, aku dah beratur depan pintu. aku berkobar-kobar.walaupun dalam hati aku bantah watak Kasyah dipegang Farid Kamil. Aku rasa dia tak sesuai bawa watak Kasyah. Not him..Tapi takpelah. Aku belum tengok lagi, so aku tamau banyak komen.


Baru 10 saat wayang bermula, aku dah berkerut. Kenapa aku lihat kolej? Nottingham College. Hmm... Seingat memori aku yg belum luput ditelan zaman ni, kesetanan Kasyah bermula di SEKOLAH bkn KOLEJ... aku kecewa pada 10 saat pertama, 10 saat kedua, 10 saat ketiga...dan sehinggalah ke 10 saat terakhir, air mata aku bergenang sedikit..sekian.


Akhir kata, aku rasa...ahli wayang, andaikata kalian mahu buat filem adaptasi daripada novel, tolonglah hayati setiap perkataan di dalam novel itu kerna setiap satunya ada maksud tersendiri. Antara filem2 yang aku bagi kredit kerana berjaya buat filem yang sama dengan fantasi aku bilamana aku membaca novelnya ialah.. 


1) The Notebook daripada novel The Notebook, karya Nicholas Sparks.


2) A Walk To Remember daripada novel A Walk To Remember, karya N. Sparks.


3) Harry Potter, semua sedia maklum karya siapa. J.K Rowling.


4) Twilight, New Moon, karya Stephenie Meyer.


5) The Lord of The Ring (1,2,3), karya J.R.R Tolkien.


6) Stardust, karya Neil Gayman.


7) P.S I LOVE YOU, karya Cecelia Ahern.


8)Ayat-ayat cinta, karya Habiburrahman El-Shirazy. (walaupun ada perbaharuan yg dilakukan dalam filem dan aku tak suka akan perubahan itu namun aku tetap bagi kredit kat filem ni sebab dia kaji novel Ayat-ayat cinta dan telah mengolahnya dengan begitu indah sekali..)


dan berikut merupakan filem-filem made in Malaysia yang aku kasi kredit dan 5 bintang kerana telah berjaya membuat aku berlayar dalam keindahan interpritasi olahan filem-filem tersebut yakni:
                                                   Filem Cinta


                                                    Filem Sepi


                                                  Filem Setem


Aku dengar kutipan LBS, pecah rekod. tahniah.. 
Sejujurnya, aku tak setuju Farid Kamil pegang watak Kasyah (bukan sebab aku tak suka dia, aku suka dia btw) tapi sebab he's just not Kasyah. Kasyah seorang yang jahat, setan habis, tapi setia pada cinta. muka dia takda muka player, muka dia muka yang dalam hati ada taman....siapa yang patut pegang watak Kasyah? dan watak Emilia dalam filem LBS kaku. tak macam ayu. tataula...


ps.. lagu OST LBS "Bila Cinta" memang best. aku dah download 2 kali,masih tak dapat full song... apa-apapun aku harap filem sambungannya yakni Katerina akan lebih mantop. Goodluck!

Comments

Popular Posts