hukum alam

Artis di Malaysia. Huargh.... (bunyi yang terhasil apabila kita menguap).
Jangan salah faham. Aku tak pesimis (menatang apa pesimis ni..?). Aku seorang optimis. Bila sebut artis Malaysia, beberapa artis Malaysia kesukaan aku berlayar di fikiran. Remy Ishak, Fazura, Scha Al-Yahya, Fahrin Ahmad, Sein Ruffedge, Tiz Zaqiah, Maya Karin, Sarimah Ibrahim, Aaron Aziz (dia Singaporian),Sazzy Falak, Naz Habiburahman...banyak lagi. 

          
Ada juga artis yang aku rasa macam "Tak pe la weh, bersara je la, menyampah tengok nama kau, apatah lagi muka kau,"
antaranya artis-artis yang namanya penuh kontroversi. Dia goda suami dia, dia rampas suami si polan. the end. 


Tadi aku buka yahoo. Ada buletin yang menarik mata aku untuk membacanya. Ia bicara tentang selebriti hollywood yang selamba badak mengaku mereka homoseksual dan secara terang-terangan menunjukkannya. Rahang aku jatuh dekat 4 inci bila tengok siapakah mereka, dan antara mereka langsung tidak pernah aku jangka.Mereka A-list selebriti dan mereka...terpesong. Syukur alhamdulillah artis Malaysia belum ada lagi terang-terangan terpesong. Kalau ada, dah dekat dah tu penghujung dunia. itu bezanya kita dan mereka, timur dan barat, islam dan bukan islam.
Pernah dengar MTV? Music television video. Hari tu aku tengok MTV award 2010. Speechless.
Anugerah-anugerah yang dianugerahkan luar petala langit ke tujuh. Antara award yang aku rasa memang takkan ada kat mana-mana anugerah di Malaysia baik Anugerah Berita Harian, AIM..etc, takkan ada la.
1. BEST MOVIE AWARD: winner-THE TWILIGHT NEW MOON (pakwe aku jadi hero)
2.BEST COMIDIC PERFORMANCE: winner-ZACH GALIFIANAKIS/THE HANGOVER
3.GLOBAL SUPERSTAR AWARD: winner-ROBERT PATTINSON (pakwe aku)
4.BEST MALE PERFORMANCE AWARD:winner- ROBERT PATTINSON (pakwe aku lagi)
5.BIGGEST BADASS STAR AWARD: winner-RAIN/NINJA ASSASSIN
6.BEST VILLAIN AWARD: winner-TOM FELTON/HARRY POTTER
7.MTV GENERATION AWARD: winner-SANDRA BULLOCK
8.BEST KISS AWARD: winner- KRISTEN STEWART&ROBERT PATTINSON (aku redha..)
9.BEST SCARED-AS-S**T: winner-AMANDA SEYFRIED/JENNIFER'S BODY
10.BEST BREAKOUT STAR: winner-ANNA KENDRICK/UP IN THE AIR
11.BEST FEMALE PERFORMANCE: winner-KRISTEN STEWART/NEW MOON
12.BEST FIGHT AWARD: winner- BEYONCE KNOWLES/OBSESSED
Aku rasa aku ni dah sikit lagi nak gila..gilakan Robert Pattinson. Malangnya, aku ada saingan berjuta-juta umat satu dunia, dan problem utama aku ialah makcik Kristen Stewart. Seperti mana anda semua sedia tahu, dia steady girlfriend abang Rob aku buat masa ni, walaupun pada hakikinya aku selalu menyebut abang Rob pakwe aku dan aku aweknya.(harapan....)
aku tak boleh tengok muka abang Rob, dan muka dia pula ada di mana-mana saja. Kenapa....!
Kalau pergi MBO, ada poster besar Eclipse, muka kacak bergaya abang Rob seolah merantai jiwa aku. Hampir aku mencuri poster tu tapi sebab ia terlampau besar dan sudah pastinya polis cinema akan tahan aku sebab curi, dan gerenti aku tak larat angkat poster tu,tidak termasuk sang kancil aku tak muat nak sumbat poster tu, jadi aku abaikan niat suci ini..
Tuhan, aku nak kahwin dengan abang Robert Pattinson...abang vampire...wargh! 
aku sanggup beli dvd New Moon yang berharga 39.90 semata-mata untuk melihat wajahnya dan memiliki posternya walaupun ketika itu aku sedang dilanda wabak ketiadaan duit..nasib baik kawan aku Cik E-qin (bukan nama sebenar) membantu aku dari segi kewangan..Sayang kamu.
Jadi kepada abang Rob atau sesiapa saja yang agak-agak ada iras abang Rob, sila hubungi aku bagi mengelakkan aku menjadi kurang waras. secepat yang mungkin ye. A.S.A.P.
hubungi aku di talian yang berdekatan dengan anda..
Baru-baru ni aku takut aku terpesong sedikit, tapi dengan adanya ke-obses-san dan cinta tulus ikhlas aku terhadap abang Rob, aku masih lagi straight. (lega..)
aku tahu korang rasa macam, "sudah-sudah le tu dengan mamat pondan ni" (muka jambunya menyerlah bila dia make up jadi Edward, kata mak aku) tapi aku tetap nak kata, "Abang Rob, I love u forever and ever.."


kata-kata pujangga abang Rob aku.


"Look after my heart. I left it with you.."
"If I could dream at all, it would be about you.."
"I love you forever, each day of forever.."
"I'm tired of trying to stay away from you, Bella.." 
Aku blushing...malu.
messy hair, sexy lips,unshaved, crazy-smoking-eyes: trademark Abang Rob Patt.

Comments

Popular Posts