ikut kawan.laporan hari ini:

Aku buka blog kawan aku, dia post cerita tentang lovestory dia. hailaa... Masa kita jadi roomies jenuhlah aku pujuk dia nangis. Setitik air mata pun tak nak mengalir. Kawan-kawan aku lain break off dengan pakwe, melalak macam itulah last air mata dia ada, tapi member aku sorang ni, tak reti-reti nak keluarkan manik-manik halus tu. Ni baru dia nak luahkan hati dan perasaan, through post dia..."Wahai Cik Badak Pink, asalkan kau bahagia..."


Aku kalau cakap pasal cinta ini lemah sikit la.. Quite frankly, it scares the hell outa me. Nak kata aku gay, tak kot. Aku pantang nampak lelaki hensem, berbiceps. Satu badan macam kena letrik. Kira aku straight juga la walaupun kekadang tu aku macam tertarik tengok badan Megan Fox, lentik bukan main, tapi aku cekalkan hati dengan mengatakan, aku mahu tubuh seperti itu satu hari nanti, bukan sebab aku ni jatuh hati kat dia atau aku kurang-bian atau.. Kesimpulannya, aku straight.Kan?
Sepanjang aku hidup, aku rasa aku tak pernah merasa 'cinta' bersama manusia bukan sespesis dan sedarah. Puppy love mungkin ada. Zaman bebalism. 
Al-kisahnya...
Darjah 2 aku dah macam bestfriend dengan Najim (bukan nama sebenar).Masuk darjah 6 dia confess suka kat aku. Kalau fikir balik, what the heck?? Kau baru 12 tahun kau dah berani cakap pasal hati dan perasaan. Tapi masa tu aku pun sama sangap. Ikut aje perasaan ingin mencoba tu. Aku teruskan friendship dengan dia tanpa balas apa-apa..kot.lupa.
Masuk form 1, kena sumbat dalam hostel. Kelas tuiton malam, aku duduk depan Reno (bukan nama sebenar). Disebabkan aku ni super kepoh, dia macam ala-ala sangkut dengan aku. Dan aku, insan lemah lagi tak terdaya membalas confession dia. Wallahualam hubungan kami tidaklah serius mana sebab tak pernah ada kata putus. Hanyalah love letters, love messages, love calls. Bila jumpa, tak pandang muka. Belakang kami saling berpandangan. A bunch of fools. Tak tahu apa jadi, hujung tahun tu, dalam telefon, perkataan terakhir aku kat dia ialah.."B@bi"
                                                      -the end-
Lepas tu aku jadi kipas-susah-mati senior form 4, E-man (bukan nama sebenar),ketika itu aku form 2. Aku sangat tergilakan E-man ni sampaikan aku sanggup panjat tangga ke top floor semata-mata untuk lalu depan kelas 5 alpha, dan sneak peak pandang muka dia..Gila. 
Bila aku form 3, officially aku jadi adik angkat dia sehingga kini.. kira happy ending la juga kan. Dan dia selamat bercouple dengan kak Na(bukan nama sebenar) juga senior aku dan classmate dia dulu di 5 alpha.
Masa aku form 4, aku kira aku masih belum get over Reno agaknya. Aku buat kerja paling bangang dalam dunia-fake ID dan contacted him.He was furious bila dapat tahu fake ID tu aku. Kebebalan aku terserlah masa tu..
Sebenarnya, lepas aku panggil dia 'Miss Piggy', seminggu aku tak betul sampailah satu malam ni, dalam kereta, angah tengah tapau dinner kat kedai, aku seorang diri, pasang soundtrack drama Winter Sonata, dan menangis.Aku luahkan semua benda pahit tu melalui air mata. Angah macam tau-tau je aku frust menonggeng sebab dia pergi tapau dinner bukan main lama. Ada nak kat 1 jam aku dok melalak.
Di matrik, aku tiada masa untuk bercinta dan bercuci mata. Nak cari burung hensem, semua dah berpunya. Yang tak berpunya pula not-my-taste type. Jadi aku fokus belajar. Setahun je kot. Buang masa je bercinta.Tapi, aku mengenali satu cinta.Cinta yang aku belum pernah perasan kehadirannya sebelum ni.Aku belum betul mencintai-Nya tapi aku belajar cuba mendalami cinta-Nya. 
Kemudian di TPM, cinta yang aku cuba dalami ketika di matrik dulu makin aku kenal. Aku makin rapat dengan Dia. Dan di TPM juga aku seolah bermagnet dengan seorang lelaki ni. Dia macam magnet, macam dia Utara, aku Selatan. Dia Timur, aku Barat. Tapi itu pada pandangan aku je la. Dia takda apa-apa feelings pun. Aku je perasan lebih. Tapi sungguh, aku tak pernah rasa macam tu. Aku tak consider perasaan tu cinta tapi lebih kepada attraction, strong likeness, walaupun hati aku sangat nak akui itu adalah cinta.
Aku tahu dia takkan suka kat aku sebab aku rasa ciri-ciri wanita idaman dia tiada kat aku. Pernah aku nekad untuk confess kat dia sebab aku tak tertahan lagi. Dada aku sebu. Fikiran aku tak boleh tumpu. Dia macam dunia aku. Dunia aku macam hanya tentang dia. Tapi, aku rasa Tuhan knows better. Agaknya kalau aku luah kat dia, mahu sampai hari ni aku menyesal tak sudah. Mungkin aku dan dia bukan sahabat lagi. I won't sacrifice a friendship for a relationship.Jadi aku pergi tanpa meluahkan apa-apa.
Lagi best bila bestfriend aku confess kat aku bilamana hati aku masih lagi pada lelaki itu.. Make my day! Aku terus-terang. Aku tak nak hilang kawan baik, dan syukur, til' today, we're best budies.


Jujur kata, hingga ke saat aku tengah taip post ni, aku masih mengharapkan dia, masih mengharapkan lelaki itu.. Statement berani mati di sini tapi itu yang aku harapkan. Aku cuba jadikan diri aku seolah macam perempuan yang dia akan suka. Kekadang berjaya, tapi selalunya gagal. Aku bukan plastik. Aku ialah aku. Kalau dia tak suka dengan diri aku, keadaan aku, perangai aku, habit aku, sifat aku, badan aku, muka aku, akademik aku, pelajaran aku, agama aku, family aku, what can I say more? I'm no perfect. This is me.
Kesimpulannya, aku takkan mencari dan nekad aku tidak sama sekali aku akan ada serius relationship sebelum tie-the-knot-thing. Aku harapkan Tuhan bantu aku dalam usaha aku mengenali cinta-Nya dengan menemukan aku dengan dia yang akan mencintai aku kerana cintanya pada-Nya. Inshallah.
cliche? Mungkin. Nak muntah, silakan. This is me being mushy. Lepas ni, aku akan kembali jadi rockstar. Untuk hari ni je. Salahkan 'Cik Badak Pink'. Dia bluetooth jiwang karat dia kat aku. Dan salahkan novel Eclipse juga!
Ini adalah kisah tak-berapa-nak-jiwang-cinta aku. 
                  
                Awak, kita akan jumpa kan, janji?

Comments

Popular Posts