"Ini serius!"

Bak kata Ming-Ming dalam Wonder Pets, "Ini sewius!" (dengan pelat r nye)..




cumanya, dalam sketsa kali ni, Ming-Ming dan kawan-kawannye Linny dan Tuck takkan berjaya bekerjasama sambi nyanyi Wonder Pets' lullaby "Kami tak besar dan kami tak kuat bila  bekerjasama semua jadi mudaah.."
Sketsa apa yang aku cakapkan ni? Ya..sketsa yang tiada kesudahannya. Sketsa yang dipentaskan di depan khayalak ramai. Sketsa yang menggunakan probe yang sebenar. Skrip spontan dan segala tindakan di atas pentas juga spontan walaupun ianya sebenarnya telah ditulis oleh tangan sang Director.


Ya.. Aku sedang bercakap tentang perkara itu. Perkara yang tak pernah habis. Palestine vs Israel. Negara-negara middle-east. 2008, tahun dimana penjajahan melampau zionis atau aku lebih senang gelarnya kompolan chicken, menghentam bumi majoritinya saudara seagama kita sendiri..
Sejujurnya, untuk aku menulis di entry kali ni, aku fikir banyak kali. Yelah, blog ni pun orang dia punya juga. Anytime dia boleh serang kalau dia rasa entry aku kali ni menggugat kredibiliti dia sebagai perosak dunia. Satellite, semua hardcore teknologi dia punya. Kita semua ni ibarat boneka untuk dia.
Masa tu, 2008, aku masih di matrikulasi. Macam biasa, habis kuliah, kaki aku melangkah ke 'Starbuck' (cafe matrik) cari makanan, tapi ramai orang, jadi aku pilih jalan ke ko-op. Mata aku merayap ke dada akhbar. Gambar sebesar skrin lappy aku membuatkan mata aku terkaku padanya. Gambar seorang budak perempuan ternanam dalam timbunan bangunan. Aku tersentap. Dada aku berkoncang hebat. Laknat punya kompolan chicken! Aku capai akhbar Utusan itu dan bayar. 


Masuk je bilik, aku terus baca setiap huruf artikel. Hati aku membara. Tangan aku bergetar. Dada aku terasa beban, satu badan aku menggigil dan bila aku sedar penglihatan aku makin kabur, akhbar itu dah basah dengan air mata.
Aku cukup marah. Hati aku sakit. Dada aku perit. Aku speechless. Aku tak dapat bayangkan macam mana boleh wujud manusia yang takda hati, takda perasaan, takda jiwa, kosong.. Kompolan chicken tu bom kanak-kanak, perempuan, babies. Masya Allah. Tak tersentuh ke jiwa mereka tengok budak kecil nangis bila mayat bapak berlumuran darah diusung, mayat ibu hancur dibom. Tak sedih ke mereka tengok budak kecil dihujani peluru, bergelimpangan di atas tanah, terbiar. Takda sekumit perasaan pun ke?
Aku sedia tahu, mereka kaum yang degil bin degul. Malah Allah pun ada berfirman dalam Qur'an tentang kaum ini. Bani Israel. Kaum yang banyak melahirkan para anbia sehingga jadi bongkak.Degil. Keras kepala, dan sangatlah menyakitkan hati, pentingkan diri. Aku malas nak bagi senarai ke-setan-an mereka disini. Aku cuma nak tekankan perasaan aku sekarang. Masa kat matrik, hati aku hancur tengok mereka bedil saudara seislam disana. Tapi lepas tu, suasana kekal macam tu sampai aku dah tak sanggup nak amik tahu lagi. Lagi aku bukak paper, lagi hati aku sakit. Jadi aku hanya melihat dari jauh..
2 tahun lepas tu, yakni tahun ni, 2010, kesetanan mereka berganda. Bila Malaysia hantar humanitarian aid dan disertai beberapa orang aktivis dari negara-negara lain, kompolan chicken buat hal lagi. Macam sampah perangai. Alasan mereka serang kapal-kapal ialah sebab kapal-kapal bantuan bawa bantuan perang seperti weapons etc. what the heck? C'mon! Serius, mereka sangat bebal.
dan yang paling aku sedih, 19 orang aktivis terbunuh, dan insya Allah syahid di jalan Allah.. Sedih. Aku sangat terkilan. Hari tu, abang aku bercerita.Dia kerja di syarikat entertainment. Dan syarikatnya jemput semua aktivis yang berada di atas kapal, yang melalui segala kekejaman kompolan chicken, yang kepala mereka dihunus mata pistol, yang menghadapi saat maut di depan mata.


Kisahnya, salah seorang antara aktivis bercerita, bilamana kapal mereka ditawan, dia ditanya oleh 1 rejim kompolan chicken, "Do you like Palestine?" 
dia menjawab, "I love Palestine!" dan dia ditumbuk, dihentak dengan senjata-dibelasah tanpa belas.
Dia bercerita lagi, "Saya pandang mata mereka, seorang demi seorang dan mereka masing-masing tunduk takut! Mereka sebenarnya penakut! Penakut!"
Berderau darah aku mendengarnya. Andaikata aku ditempat dia, aku tak pasti aku akan jawab apa, sama ada aku akan terkencing, pengsan, atau mati ditembak, wallahualam. 
Aku tabik dengan semua aktivis yang berjuang di atas kapal sana, berbekalkan semangat fisabilillah dan kerana Allah, mereka berjuang, berani mati, sedia gempur, aku sanjung perjuangan mereka, lebih lagi perjuangan umat Palestine. ya, aku sedih, tapi untuk aku berdiri dan menyahut panggilan berjuang di sisi rakyat Palestine, aku akan ambil masa yang lama untuk memberi jawapan. 
Dalam kepala aku mungkin berlegar, 
"Aku masih single, tak kahwin lagi, dosa menggunung lagi, kalau mati takut tak sempat taubat," macam-macam..


Mungkin, mereka di atas kapal menjadi begitu agresif, berani, dan tegar, kerana adrenaline rush. itu hukum alam. Tuhan beri kita satu keajaiban saintifik yakni fight-or-flight response, dimana bukan sentiasa ia ada, tapi di saat ia diperlukan. Tubuh kita akan melepasi our body limit. Sebab  itu terkadang, ada berita, si ibu angkat kereta hangus untuk selamatkan anak, si pendaki gunung tolak batu seberat 200 kilo yang menghempap badan, dan dalam isu ni, si aktivis berani menentang rejim penakut- KOMPOLAN CHICKEN!
Ada yang berkata, kenapa laa Allah tak turunkan bala kat penakut-penakut ni? Aku juga terkadang fikir begitu. Namun kita kena ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ya, umat Islam Palestine menderita, namun bagi yang redha dan berjuang kerana Allah, syurga indah tak terkira nikmatnya menanti di sana. Sebab itu mereka berani tak terkata. walau menggunakan batu, dan tak terkesan pun bila menghentam kereta kebal si penjajah, mereka tetap baling. tetap berani pertahankan hak dan agama.
May Allah bless us...

Comments

Popular Posts