kualiti vs. kuantiti


Dalam adek-beradek, aku dan angah je yang berotak sains. Kalau orang kampong dengar aku amek course Bio yakni salah satu cabang Sains, automatik kening diaorang terjungkit 2 inci, mulut diaorang muncung sedepa. Kononnya macam "Waaaah, budak saennn.." Sambil mengerling aku.
Normal la tu. Aku dah lali dengan respon macam tu. Tapi tahukah mereka, azab belajar Sains ni? Tahukah mereka, berapa kali hati ini mahu undur, mahu tobat tamau amek Sains, mahu berhenti melangkah, korang tau tak, orang kampong sekalian?? hailaa...

Tapi masalahnya sekarang, aku suka playing the field. Aku enjoy segala macam onar dalam dunia Sains ni. Yelah, nak kata dapat A dalam Fizik, Kimia, Biologi, hee... Luar alam la tu. Kalau dapat A tu mungkin lecturer aku terhantuk kepala kat kepala paip masa mandi, atau mungkin dia ada symptom Alzheimer's disease. Mungkin dia sakit perut pagi tu. Apa-apapun, point aku sebenarnya, aku dah dapat result part 1 aku di uitm. Ni aku nak kongsi rahsia sejagat. Confidential! tapi takpelah, kali ni, biar aku tunjukkan sedikit flaw aku. I'm no perfecto de amoir.
Masa kat matrik, sem 1 aku skor 3.15, sem 2 aku terok. 2.6 ke 2.7. cgpa tak cecah 3.0. Refleksi diri aku memakai lab kot sambil jalan riak dengan statoskop di leher disappear....
Kat tpm, sem 1 aku dekan. 3.56. sem 2 aku 3.9 ke 4 flat.tak sure. dekan lagi. tapi malangnye, MARA buat taik, Cal Poly Pomona California pun say bye-bye, aku terpaksa hidup bernomad. lastly kekal di uitm dengan pointer part 1: 3.10. Aku taklah seGah mana... (-.-')
-BudakSains-
Sejarah hidup aku. Boring. Aku nak life macam Bella Swan. Pindah Forks, jumpa vampire hensem nak mati plus romantik habis iaitu Encik Edward, pastu ada srigala badan sasa Encik Jacob pulak sangkut kat dia, last-last Bella putus fius nak pilih siapa...Aku nak kehidupan tu!! lelaki-lelaki kacak di kiri dan kanan, vampire genius gila, so dah boleh tolong aku skor exam nanti, jadinya masa depan aku cerah. tak payah susah-susah fikir, werewolf pulak tolong jaga aku siang dan malam. Life's good............. 
Bella, I hate you.
Jacob, I want you.
                                    Edward, marry me! love you.. 

Comments

Popular Posts