Picasso versus Da Vinci

"Sejarah tak mungkin berulang..." nyanyi Tomok suatu ketika dahulu. Sungguh, aku menyampah gila dengar lagu ni. Suara sengau dia seolah merobek-robek gegendang telinga aku. Tapi, itu dulu. Sekarang Tomok sengau dah lama lenyap. Yang ada sekarang ialah Shah Inderaputra. Sedap nama. Kalau dari dulu guna nama tu, gerenti suara kau tak sengau Encik Indera.


Bicara tentang sejarah, sejak-sejak dah melangkah ke alam -puluh-an ni, aku rasa semakin dewasa. Mungkin keluarga aku akan gelak guling kalau baca apa yang aku tulis ni, tapi sedikit sebanyak, untuk sesetengah perkara aku mula matang.
Acik aku describe aku semakin gemuk. Begitu juga dengan along dan angah. Aku dah immuned, terima kasih. Sebelum graduate aku akan pastikan tubuh badan aku selim. Itu adalah inshallah (sedikit lagi kepada janji...)
Kritikan lain yang memberi implikasi mendalam untuk jiwa aku ialah bilamana aku dikatakan bongkak sejak-sejak masuk univerisiti. Mungkin tiada isu disitu, barangkali, tapi aku alergik sikit dengan perkataan 'bongkak'. Aku rasa macam nak cekik je siapa sebut perkataan tu. Tolong jangan sebut depan aku apatah lagi panggil aku bongkak. Alergik.Dan satu lagi, aku inshallah, TAK bongkak.


Aku mungkin matang dari segi aku lihat sesuatu. Aku mula concern tentang hal dunia (perang, global warming, cancer, bayi dibuang, pemerdagangan manusia...etc). Mungkin aku tidak suarakan secara terangan tapi aku berfikir tentangnya. Bernada poyo? Mahu muntah? Aku pun... Aku juga matang dari segi, aku mula memasak (walaupun kat rumah masak sayur dengan nasi je dan itu pun sekali dua je sepanjang 2 bulan cuti ni) tapi kira ada improvement. Dulu, paling handal pun megi cup dengan resipi aku buat sendiri yakni Nasi Goreng Telor Tomato yang sering dikritik keluarga dan rakan taulan. Orang jealous, biasalah.
Namun, banyak juga aku tak matang-matang. Contoh. Aku telah menghabiskan sepanjang petang dengan mewarna arca! dan arca itu bukan sebarang arca. Arca itu ialah free gift aku dapat sebab beli Nestle Honeystars. Arca donkey dalam Shrek 3. Sambil lidah terkeluar sedikit di hujung gigi (habit aku bila terlalu tekun), aku dengan telitinya, mencampur warna cokolat, hitam dan putih untuk mewarna Encik Donkey. Giginya pula aku warnakan kuning. Mata pula asalnya aku warnakan biru, tapi sebab hodoh aku liquid paper kan mata dia. Jadi warna matanya ialah putih. Telinganya aku warnakan warna pink. Tapi ibu suruh aku tukar warna lain. Aku dan ibu bergaduh. Last-last aku warnakan warna kuning atas warna pink. Jadi warna...pinkuning. 
Kesian donkey..Lain benar rupanya.. (-.-')
Tepat jam 6 petang donkey dah siap diwarna dengan water color. Aku tersenyum bangga. Tak sangka aku ada bakat terpendam, aku seorang artis. Aku dapat rasakan aura Leonardo Da Vinci dalam diri aku. Aku mungkin seorang pelukis. Mungkin aku the next Picasso?
Tak dinafikan aku suka seni. Hasil karya pertama aku mula dikesan ketika aku masih kecil lagi. Aku masih ingat, masa tu ibu sedang tebar roti canai kat dapur. Aku mintak sedikit. Ibu pandang aku lama, cuba mencari kejujuran sehinggalah aku pamerkan mata Puss in boots kat dia, satu lempeng tepung roti canai dalam genggaman. 
Bilamana ibu selesai masak, ibu melangkah ke ruang tamu dan dia telah menyaksikan bakat terpendam aku mula bersinar. Lempeng tepung roti canai itu telah dijadikan bebola besar dan diselaputi dengan lapisan cat dinding yang terkopek, debu-debu, habuk lantai dan sedikit helaian rambut. Kreatif. Barangkali. Apa jadi lepas tu, err.. tak perlu aku ceritalah.
Kemudian aku mengembangkan sayap di sekolah. Karya jujur aku terpampang di dinding-dinding sekolah aku. Segalanya bermula bilamana Mak Terung a.k.a Cikgu Sam (bukan nama sebenar) iaitu pemilik hak mutlak library sekolah aku, beliau telah mengadakan pertandingan Mural. Lukis apa-apa aja, mural, di dinding-dinding perpustakaan. Aku dan rakan-rakan (Mak ton, kupt, Ziqa Nuar, d-ba,pura...dak-dak dorm 6: Maria Qibtiyah...etc) daftar masuk. Satu dinding menjadi taruhan. Ia merupakan kanvas kami.Tema yang kami pilih ialah alam millennium.KLCC, LRT, KL Tower, senang cerita panorama Kuala Lumpur kami muralkan di dinding library. Menang kalah belakang kira. Yang pastinya, selang beberapa bulan lepas tu, dinding kanvas kami dicat semula oleh pihak sekolah. Tapi takpa.Aku cuba pasang muka tebal walaupun dalam hati dah maki hamun pihak sekolah. 
"@#$%^&*!"
Tak lama kemudian, cikgu E-jah (bukan nama sebenar) nampak bakat bergemilapan kami,lantas diundangnya kami untuk melukis di dinding-dinding bengkel kemahiran hidup. Satu dinding RM10 dapat. Tak fikir panjang, kami angguk laju. Duit dapat, dan dinding tu pun tak dicat. Permulaan yang baik. Bakat kami mula diterima ramai. Rezeki makin mencurah. Pihak asrama meminta aku dan rakan buat mural di dinding ko-op asrama. Sekali lagi kami berbakti, biarpun beberapa bulan kemudian, ko-op ditutup dan dinding itu dicat semula. Takpa, cobaan.. Kami tenang menghadapinya walaupun seperti biasa dalam hati, semua jenis bahasa kasar keluar. dalam hati je la.
Kami mula buat mural underground. Di dormitori kami, hampir semua dinding kami muralkan. Aku dan beberapa artis terpilih membuat mural graffiti. Ia mengambil masa hampir 3 hari untuk menyiapkannya. Setiap malam tidur waktu Subuh. Usaha kami berbaloi apabila dorm kami memenangi dorm terindah! Tahniah weh..
Kemudian, pihak sekolah meminta bantuan kami dan beberapa abang-abang senior kami untuk memuralkan laluan penghubung antara bangunan admin dan bangunan makmal. Kami bersetuju. Karya kami dipuja dan dipuji ramai walaupun sebenarnya tugas aku hanyalah duduk di sisi abang-abang tu sambil memberi komen-komen membina:
"Salahlah!"
"Buruk boleh tak?"
"Apasal kau ni bodoh sangat? Tu warna hijau la bukan oren!"
"Buta warna!"
dan akhirnya muka aku dimuralkan. Aku pun diam.
Kredit juga kepada kawan aku- Encik Ariff Hakimi. Dia memang superb! Picasso Malaya! Sebab dia la dinding sekolah aku berseri. Aku actually tumpang nama je.


Selain tu aku juga tolong cikgu Madi (bukan nama sebenar) dan cikgu lani (bukan nama sebenar) memuralkan nama sekolah di dinding bangunan. Aku gayat, tapi kerna sekolahku tercinta, aku cekalkan hati cat juga huruf-huruf tu. Dengan bantuan cikgu lani yang berjaya mengalihkan perhatian aku dengan asyik borak tentang amoi cun dari sarawak, aku berjaya lupa tentang kegayatan aku. Thanks cekgu!
Jadi, setelah 3 tahun bergelut dalam bidang ini, akhirnya sekolah memberi pengiktirafan kepada aku. Satu sijil dianugerahkan, tertera :


PENGHARGAAN KEPADA BELLA DI ATAS JASA BAKTINYA DALAM MENCANTIKKAN SEKOLAH.


Senyum puas. Aku ada bakat, juga diiktiraf. Seberbakat aku, mak aku masih tak yakin dengan aku. Telah aku suarakan keinginan untuk memuralkan dua pasu gedabak di depan rumah, namun ibu nekad, tamau aku mencabuli pasu-pasu itu. Sijil pengiktirafan bakat seni aku seolah diperlekeh.Ianya sekadar sekeping kertas. Aku pasrah...


ps gambar-gambar ni semua pirated. Yang asli dah dicuci. segala kesulitan amat dikesali...(-.-')




Comments

Popular Posts