sesi belajar di bilik kuliah 1

Emotional. Satu-satunya perkataan yang ada dalam kepala aku yang boleh mendefinasikan aku sekarang. (sambil tangan mengeletar menaip entry kali ni) aku cuba kawal diri dari menulis sesuatu yang mungkin meranapkan hubungan aku dengan ramai orang. Jadi aku cuba sedaya-upaya ni untuk kawal perasaan. Walaupun hati aku berkecamuk ni, benteng air mata tunggu masa nak pecah. Aku tak boleh bercakap. Dan, aku demam. Mungkin, sebab demam, aku jadi lemah. Emotional tak tentu pasal.


Asalnya, aku nak cakap pasal preview filem: Karate Kid. Lepas tu aku terfikir, mungkin bincang pasal OCD macam cool. OCD ialah Obsessice Compulsive Disorder. Satu penyakit tentang seseorang yang aku lebih suka panggil 'a total neat freak'. Nisbah orang yang ada OCD ialah 1:50. Ramai tu. Tapi buat masa ni, aku tak pernah jumpa lagi la. Aku harap aku dapat jumpa. Nak mintak tolong dia kerja full-time kat rumah aku. Aku bet, mak aku gerenti jadikan dia anak kesayangan abadi selamanya. Jadinya, takda la mak aku sakit kepala nak suruh aku kemas rumah, ampai baju, lap meja, mop lantai, dan aku boleh duduk tenang di rumah sambil menggemukkan diri.. (aku tak buat pun semua chores tu kat rumah....dan aku tak bangga cakap aku tak buat semua tu..sori ibu..)
Mak aku selalu bebel, "Ibu harap mak mentua kau garang! Belasah kau cukup-cukup," 
Aku cam jem kejap. "So dengan kata lain, ibu nak suruh Bella(bukan nama sebenar) kahwin sekarang ke?" dan belum pun habis ayat aku, senduk dah sampai kat kepala. Adoi!
Serius, siapa agak-agak rasa macam dia ada OCD, tolonglah datang OCD-kan rumah aku. Mak aku mesti bahagia dengan kehadiran anda.
Tadi aku tengok channel History. Maklumlah, bila demam, kita terarah untuk membuat perkara lain dari kebiasaan. Kebetulan, program di siaran tu ialah tentang Brain atau Otak. Sebelum aku mulakan kuliah aku hari ni, sesiapa yang alergik pada Sains atau akademik, sila fast foward kan pembacaan anda. Ini amaran. Tiada kompromi.
Otak manusia rumit. Kompleks. Aku tahu semua orang tahu tu, aku saja nak bagi mukadimah sambil bernada ala professor. Beberapa bulan ni, aku perasan, memori aku makin merosot. Mulanya aku agak bimbang, sebab salah satu simptom penyakit Alzheimer ialah lupa. Tapi aku teringat. Perkara-perkara yang buat anda lupa:
#Baca tulisan di kubur.
#Tengok najis sendiri (kencing dan taik)
#Tengok porno sengaja atau tak.
#Fikirkan perkara-perkara kuning.
#Tidak melatih otak untuk bekerja.
#Makan benda haram.
Jadi aku cuba analisis di mana kelemahan aku.
 Yang pertama? Tak. Aku tak gemar tengok kubur. Salah satu kelebihan aku ialah aku tak boleh berhenti fikir pasal mati. 24 jam setiap hari, aku berfikir tentang mati. Jadi, aku takkan baca apa yang tertulis di batu nisan.
Yang kedua? Hmm.. Confirm. Aku seorang observer. Aku suka memerhati. Jadi aku tak boleh tahan diri aku dari memerhatikan najis aku sendiri. Ikutkan hati, mahu saja aku ambil sampel sikit dan observe under microscope. Nak tengok makhluk apa ada dalam poo aku. Kedengaran agak jijik disitu, mungkin. Tapi itu yang aku rasa. Sorry.
Ketiga? Haaa..soalan mencabar kredibiliti aku sebagai seorang berjiwa suci. Aku peminat filem-filem Inggeris, dan semua filem Inggeris melibatkan aksi terlampau. Aku loya tonton aksi terlebihan tu tapi dah jalan cerita tu best, aku layan je sampai tamat.(Bukan salah aku menonton, salah tv yang menyiarkan). Jadi mungkin ia salah satu sebab juga, walaupun ianya tidaklah over sangat. 


Ke empat? Rasanya tak. Kepala aku selalu fikir benda-benda luar alam. Tentang mati, macam mana orang boleh cipta kereta, tv, kapal terbang, apa ada dalam cangkerang kura-kura, macam mana rupa jantung aku bila berdegup, apa jadi kalau badan aku kena geles dengan tayar rapid bus, macam mana haiwan berinteraksi, adakah binatang rasa benda yang sama seperti manusia bila mereka mate atau mengawan, macam mana rupa sistem komunikasi neuron dan sel lain dalam badan aku? Macam-macam aku fikirkan. Luar alam? Haa, baru tahu betapa konkritnya ke-kompleks-an otak aku. Sebab tu aku sering sakit kepala.


Kelima? Hmm.. Aku suka buat Sudoku. Aku Facebook-ing hampir setiap hari. Kira bekerja la tu.
Makan benda haram? Secara sengaja tak kot. secara tak sengaja?Wallahualam.
Jadi, kenapa kita sering lupa (amnesia)? Bagaimana nak kuatkan daya ingatan? Ada sesetengah orang, Tuhan bagi sedikit keistimewaan. Daya ingatan macam gam kasut. Orang ini dikatakan mempunyai photographic memory (eidetic memory) atau mnemonism.Ingatan superb. Dia tak perlu bekerja keras nak ingat sesuatu. Tak perlu guna 3 senses at a time, macam aku, aku perlu guna 4 senses aku iaitu mata, telinga, mulut dan tangan serentak. Baru la lekat. itu pun lekat sampai habis paper. Kerana itulah roomates aku lari ke tempat lain bilamana musim final menghampiri, sebab aku memekak tak hingat dunia.
Memori kita disimpan dalam satu bahagian dalam otak iaitu Hippocampus. Macam drawer la. tak pun pendrive.Tak,kecik sangat. External hard disc mungkin. 
Memori ada 2 jenis. Memori jangka masa pendek dan memori jangka masa panjang. Memori jangka pendek macam kita hafal nombor hp seseorang dan dail sesaat lepas tu. Memori jangka panjang pula macam life kita. Mana sekolah kita, siapa kawan kita...etc.


Aku tahu korang dah menguap. Kuliah pun dah nak habis, don't worry. Dipendekkan kuliah, aku nak bagi tips kuatkan ingatan sungguhpun ingatan aku tak berapa nak kuat sebab aku kejap amalkan kejap 'rehat'. Aku harap korang amalkan dengan disiplin. Berikut merupakan amalan kuatkan memori:
#Baca Qur'an setiap hari. Firman Allah, "Barangsiapa yang membaca Qur'an, sekurang-kurangnya sepuluh ayat, dia tidak dikira sebagai hamba yang lalai." Baca Qur'an bersihkan hati, tenangkan jiwa. Bila hati bersih tanpa porno, tenang tanpa dendam dan dosa, senang flow ilmu nak masuk.
#Pandang pokok-pokok dan benda yang hijau. Pokok? Apa barang.. Bukan hensem pun. Memang pokok tak hensem, aku pun nak muntah tengok pokok lama-lama, tapi bila kepala rasa macam nak meletup, sila halakan pandangan ke pokok, sebab pokok bagi oksigen. Oksigen tu nyawa kita. Freshkan kepala ni. Jadi, pastikan rumah anda dikelilingi pokok. Susah sangat duduk je dalam hutan.
#Say no to benda haram. Bukan saja ba-alif-ba-ya,malah juga kepada riba',judi,haa ni hampir satu malaysia amalkan iaitu 'bawah meja' a.k.a rasuah.Kawan-kawan, tamau eh rasuah-rasuah ni. Dosa weh.serius.
#.......yang terakhir ni pasti mujarab! iaitu.. Follow blog aku setiap masa! Inshallah.

Comments

Popular Posts