siapa hero kamu?

Masa kecik-kecik dulu, aku selalu merengek nakkan satu set patung barbie doll, set toys 'r' us, set mainan masak-masak dan juga set mainan dokter-dokter. Dalam kata lain, aku suka pau mak aku nak macam-macam. (Kesian ibu..sorry bu.) dan disebabkan minat aku yang berdiversiti, aku mengidolakan macam-macam. Model, chef dan dokter. Bila aku meningkat dewasa sikit, umur 7 tahun, aku suka tonton 
Superman. Aku terpukau dengan kegagahannya dan keupayaannya memakai spender di luar. Berlainan dengan superhero lain, Superman memiliki kulit muka yang tebal.


Kemudian, bila aku melangkah ke alam 'limpahan hormon', aku kenali seorang jejaka-Sheikh Muszaphar. Macam nak gila aku syok kat dia. Nak ikutkan sampai hari ni,aku tak boleh tengok muka dia, sebab asal aku tengok je, aku akan excited, teruja sakan dan sasau. Aku pernah jadikan dia role model aku. Menggilakannya sampai tak ingat dunia. Dia dokter, dan aku pun nak jadi dokter, jadi itu sebab aku jadikan dia sumber inspirasi aku.
Selain angkasawan negara ni, banyak lagi jejaka-jejaka yang aku jadikan hero dalam alam angan-angan aku seperti Orlando Bloom, Brad Pitt, Rob Pattz (pakwe aku)..etc. Semua yang sukses tak kira bidang aku jadikan idol.
Selekeh, ya benar. Gatal pun ada. Biasalah, musim limpahan hormon. Aku tiada kuasa nak menghalang perilaku macam ni. Tapi ada satu benda aku boleh halang, dan aku sepatutnya halang dari dulu lagi. Aku patutnya halang diri aku daripada terus lupa. Aku lupa siapa sebenarnya yang aku sepatutnya jadikan inspirasi selama ni. 
Tadi, aku tonton program aku kira satu program terbaik pernah aku tonton. Andai aku ada hak memberi anugerah, aku akan anugerahkan program ini program terbaik of the year-HALAQAH SENTUHAN QALBU di tv9. Masya Allah, aduhai. Memang tersentuh qalbu aku.
Mereka bicara tentang seorang lelaki yang cintanya pada aku, pada kau, pada Edward, pada sesiapa saja di zaman ini,cintanya terlalu dalam, terlalu kasihnya. Bahkan, untuk aku tulis tentang dia dalam entry kali ni, sehingga aku terhenti beberapa kali. Aku tak tahu ayat yang tepat untuk describe dia, nak describe kasih sayang dia, cinta dia, aduhai, siapa dia ni? Siapa dia pencinta agung ini? 
Seorang penulis buku, popular di serata dunia dan karyanya yang menjadi rujukan seluruh umat dunia ialah 'The 100: Ranking of the most influential persons in history', nama penulis buku ni Michael H. Hart. Encik Hart tulis dalam bukunya, dalam sejarah dunia, melalui research yang dilakukannya bertahun-tahun, dia dengan nekad dan yakinnya, mengiktiraf dan mengakui Muhammad bin Abdullah sebagai 'The most influential person in history'. Muhammad nombor 1 dalam ranking.
Anda boleh baca aritikelnya di sini:
http://www.jamaat.net/hart/thetop100.html
Kisah yang diceritakan saudara Firdaus dari ESQ,(lebih kurang jalan cerita dan dialognya.aku ada edit sikit sebanyak)...:
Rasulullah beritahu para sahabat, ada orang yang sangat mulia.Para sahabat tanya, "Siapa dia Ya Rasulullah?"
Rasulullah tersenyum. Para sahabat bertanya lagi. "Adakah malaikat Ya Nabi Allah?"
"Malaikat memang mulia. Manakan bukan. tapi ada orang yang mulia," Sabda Rasulullah dengan senyumannya.
"Adakah kami, sahabat-Mu Ya Rasulullah?" Tanya seorang sahabat.
"Kalian semua mulia kerna kalian semua sahabat aku. Kalian menyokong perjuanganku. tapi ada orang yang mulia," Sabda Rasulullah dengan senyumannya.


Kemudian, baginda tunduk dan mengalirkan air mata. Para sahabat turut mengalirkan air mata bilamana melihat nabi tercinta mengalirkan air mata."Ya Rasulullah, kenapa kau menangis?" 
Rasulullah mengangkat wajahnya. Air mata jatuh mengalir ke pipi dan janggutnya.
"Orang itu ialah orang yang lahir jauh selepas kewafatan ku nanti. Orang itu yang mengesakan Allah. Orang itu tidak pernah bertemu denganku, bahkan melihat wajahku juga tidak pernah, namun, orang itu begitu mencintai aku dan merindui aku seolah dia telah bertemu dengan ku. Orang itu memenuhi rindunya dengan mengamalkan sunnahku. Aku sangat rindukan mereka," Sabda Rasulullah. (Ayat dialog aku edit, aku tak ingat ayat sebenar tapi intipatinya inshallah sama).
Jadi, siapa orang itu? Siapa orang mulia yang sangat dicintai dan dirindui Rasulullah itu?


Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Alangkah Indahnya
 Hidup Ini
Andai Dapat Kukucup Tanganmu
Moga Mengalir Keberkatan Dalam Diriku
Untuk Mengikut Jejak Langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Kutatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah Indahnya
 Hidup Ini
Andai Dapat Kudakap Dirimu
Tiada Kata 
Yang Dapat aku Ucapkan
Hanya
 Tuhan Saja Yang Tahu

Kutahu Cintamu Kepada Umat
Umati Kutahu Bimbangn
Ya Kau Tentang Kami
Syaf
aatkan Kami...


Alangkah Indahny
a Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu


Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Sy
afaatmu


Orang itu adalah aku, kau, kita, umat akhir zaman, umat Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum wafat, baginda menyebut "Umati, umati.."
Bangkitnya baginda nanti di akhirat, Jibril menyapu debu di tubuh baginda, baginda bertanya kepada Jibril, "Di mana umatku?"
Subhanallah, cinta tak cinta nabi kat kita? Sayang tak sayang nabi kat kita?
Kita je lupa. Lalai. Nabi bagai nak rak risaukan kita, tapi kita, tak risau pun pasal diri sendiri.
Umar bertanya tentang keadaan di akhirat nanti macam mana. Seorang sahabat dengar dari nabi, nanti di depan Allah, seluruh umat manusia akan di dengarkan suara neraka. Masa tu, andaikata di bahu kita ada pahala 70 000 nabi, still, kita tak yakin kita dapat melepasi neraka Allah. Aduhai...
Jangankan pahala nabi, pahala orang alim pun kita takda, inikan pulak pahala  70 ribu nabi. Macam mana tu nanti weh? Kalau cakap pasal hari kiamat, menggeletar tulang lutut aku. Terasa nak gila kepala. Tapi itu realiti. Kiamat akan terjadi. Mati itu wajib. Doa la selalu. Mohon kemenangan di akhirat nanti.
Nabi Muhammad setiap saat doakan kita. Even nanti masa umatnya nak menyeberang titian siraj, berdebar-debar dada nabi. Aduhai, punyalah sayangnya nabi kat kita. Sayang tak kita kat dia? Rindu tak?
Time kita rasa keseorangan, terasa satu dunia benci kita, ingat:
1. Allah sentiasa ada dengan kita, sentiasa, selalu, tak pernah tinggalkan kita. Kita je yang selalu tinggalkan Dia, lupakan Dia.naudzubillah..
2.Nabi Muhammad tak pernah benci kita, malah, dia terlalu cintakan kita, amat sayangkan kita, melampaunya kasihkan kita, jadi kalau terasa macam nak sedih sebab orang tak sayang kita, ingat eh, nabi sayangkan kita, dan kasih sayang nabi, berkali ganda bermaknanya compare dengan kasih sayang orang lain.
barangkali entry aku kali ni juga ke arah sinar cahaya. Aku tiada niat untuk menunjuk alim atau berlagak tak tentu pasal, jauh sekali. Aku cuma nak share apa yang aku dapat hari ni. Bukan selalu hidayah datang ketuk pintu hati kita yang konkrit ni. Bila dah ketuk tu, jangan lepaskan ia.
Harap tiada yang pening kepala baca, jauh sekali termuntah atau pengsan. Harap kita semua fikirkan balik, siapa hero di hati kita? Siapa ikon kita? Siapa sumber inspirasi kita? Siapa yang mencintai kita lebih dari seorang ibu mencintai anak yang dikandungnya? Jawapannya hanya satu- Muhammad s.a.w.


                                          May Allah bless us..

Comments

Popular Posts