Brrr....Bola!

World Cup.
Teringat aku iklan coca-cola.. Ada satu cerita, kawan abe aku punye ayah..Mereka sekeluarga pergi makan di kedai makan. Mamak tu tanya, "Minum apa?"
Ayah dia gegarkan badan sambil.. "Brrrr"
Semua jam.. Brr?? OOhh!! Coca-cola rupenye...Damn..
So cakap pasal bola, siapa tak excited bila musim WC tiba? Satu dunia demam. Setiap hari, asal aku tekan 701 kat remote astro, gerenti muka Lampard dan Leo Messi terpampang. Sambil peluk tubuh muka riak ketuk pintu rumah orang, sorang budak kecik jerit, "Mama! Dua mat Salleh!"
Geleng kepale. Siape la punya idea buat iklan sekreatif tapi sebangang tu? Takpe, aku suka.. Iklan kedua aku suka, iklan maxis, budak-budak kampung main bola sepak dalam hujan, berlumpur, sambil diperhatikan ex-Malaya footballer, dan apabila budak itu menjaringkan gol, suara "Malaysia melayakkan diri ke sukan olimpik" kedengaran bangga di situ.
tahniah..
Aku suka football. Walaupun yang hakikinya ialah, haram jadah, aku tatau satu benda pun pasal bola. Apa tu offside? Kejadah apa yang boleh buat penalty? Free kick? Peraturan main bola sepak pun aku tatau. Malah, setiap team perlu ada berapa orang pun aku ragu-ragu.. 
Tapi itu tak bermakna, jiwa aku tak boleh terima bola.
Dulu, aku president kelab Anti-Football! kerana aku ada 3 abang yang dahagakan bola. makan bola, minum bola, tidur bola, mandi bola, semuanya bola. kalau ada game, tak kira pukul berapa pun, 3 orang ni akan terpacak depan tv, memenuhi ruang tamu yang sempit tu, dan memekak sampai habis game. Aku dan mak aku sakit hati. Kalau diam tengok takpa juga, ini dengan menjerit macam orang gila, baling bantal ke tv, dah tu bergaduh sesama mereka bila dah bet team mana menang. kalau team depa kalah, bising. Tak puas hati.Hailaa....korang ni...


Minat aku bermula bilamana aku menemani abang-abang aku menonton perlawanan bola di kedai mamak. Disebabkan aku seorang je adik perempuan yang sedia wujud, maka aku terpaksa ikut stail anak jantan punya life. Malam-malam buta, makan megi goreng kat kedai mamak sambil tengok bola.


Mulanya, aku kipas susah mati Manchester United, terpengaruh dengan angah. Aku sangat suka United. Semua playernya aku hafal nama siap nombor jersey. Aku tak miss hampir semua perlawanan United. Tapi kesetiaan aku tak kekal lama.Acik menghasut aku supaya sokong Chelsea. Mulanya aku jual mahal juga. Tapi lama-kelamaan, hati aku mula berubah. Dan bila Chelsea menang EPL, aku serta-merta register jadi kipas susah mati Chelsea.


Sehingga ke hari ni, aku masih kipas susah mati Chelsea. Biar apa orang kata, aku tetap setiaaaa... Pernah, masa zaman kejatuhan Chelsea, dengan skandel seks player-playernya, kesetiaan aku tetap utuh dan bilamana Chelsea rangkul double winnings, aku senyum lebar. Peminat United terkangkang kekalahan. Jaiho Chelsea!

                                      


Dan untuk World Cup pula, andaikata skuad Harimau join, sungguh, aku akan sokong Harimau biarpun tersingkir di pusingan awal..hehe..tapi malangnya Harimau tak segah namanya..sekadar bermain di padang bola yang tak seberapa nak ada rupa padang rumput sangat...Jadi kali ni, WC di South Afrika,siapa yang akan menjulang piala emas itu?


Aku dengan yakinnya menjerit...Argentina! La Albiceleste. Muktamad.Aku sokong Argentina! Aku yakin skuad belaan Diego Maradona yakni satu nama yang tak asing dalam dunia bola sepak, dia la raja bola Argentina, namanya sebaris dengan nama Eric Cantona, menggegarkan dunia bola sepak dengan skil terhebat sepanjang zaman.
dan dalam skuad biru belang ni, adanya Lionel Messi, aku ucapkan Jaiho plus Chaiyok kat skuad Argentina!
Jaiho!

Comments

Popular Posts