lelaki bikin hati ku kacau.

Hidup dikelilingi lelaki-lelaki kacak bergaya merupakan impian semua gadis suci umpama aku. Kedengaran agak fantasi, motifnya hidup penuh dengan wajah-wajah bersih, hensem tahap puaka, tinggi dan badan fit. Motifnya??


Baru mula semester 2, aku pasang niat nak study waka-waka. Tak nak pandang kiri dan kanan. Hanya maju ke hadapan. Tapi segalanya berubah pabila sahabat aku- sang Shiroo(bukan nama sebenar) telah menyarankan aku menonton lakonan hebat si dia...
Aku terkedu
Aku terpesona
Aku tak terkata
Masya Allah!
Disebabkan sem ini aku belajar bahasa asing dan aku telah memilih bahasa jepun, aku telah melatih diri untuk membiasakan mendengar cara penyebutan sebenar bahasa jepun, dan juga memahami budaya freak mereka. Banyak sudah kajian aku dah buat. Antara drama hit jepun yang aku dah berjaya kaji sambil gelak guling adalah:
Hana yuri dango
Hanazakari no kimitachi
Gakusen
My boss, my hero
etc..
aku mula terpikat dengan Oguri Shun kerna bak kata sahabat aku, 
"Bulu ketiak dia merebak"
motif? 
bagi aku.Oguri Shun hebat.tapi... itu sebelum aku mula mengenali dia.
Dia..
Pandang dinding nampak dia.
Pandang buku mikrobe nampak dia.
Pandang muka prof kimia nampak dia.
Pandang sensei karate nampak dia.
Pandang pakcik bus rapid pun nampak dia.
Pandang waffle nampak dia.
Mana aku pergi dia ada....wargh!


Obses? Sikit la.. Aku benci diriku yang obses ini walaupun aku tahu kebarangkalian untuk perasaaan ini kekal lama adalah 0.001% kerna dia jauh, dia hensem, dia artis, dia orang korea, dia tinggi, dia encik perfek dan umpama kata-kata sahabat aku Cik Afy (bukan nama sebenar),
"Dia tak sedar pun kewujudan kau Bella,"


Barangkali benar.Aku je tak mahu mengakui hakiki itu.
Abang Min-ho, saranghae...
dah lupa kat Edward..hahaha

Comments

Popular Posts