Bukan kisah sebenar...

Akhirnya, kita ketemu lagi. Aku gembira. Justeru, "Ahlan wasahlan ya Ramadhan," aku ucapkan dengan penuh kesyukuran..


Hidup semakin sibuk. Walaupun kadang kala tu tidak la sesibuk mana, tapi aku akan cari jalan untuk nampakkan diri ini sibuk belaka. Konklusinya, aku ni sibuk. Dan, di bulan mulia ini, aku masih sibuk, tapi syukur pada Tuhan, ada juga aku masa untuk berblogging. 


al-kisahnya banyak. pertama sekali, aku kini hardcore Jepun. Baru selesai tonton satu filem bertajuk 'Heavenly forest' (mungkin bukan nama sebenar filem ini) atau dalam bahasa Nipponnya ialah "Tada, kimi wo aishiteru" yang membawa erti lebih kurang, Hanya cinta saya pada kamu.
pengakhirannya, berjurai manik-manik kristal gugur ke pipi gebuku ini. Sedih bukan main. tragis tapi indah sekali. Jiwa aku tersentuh. satu karya yang begitu unik, cukup indah...
Ya, benar, aku berjiwa romantis.. klasik. old-school..terdetik di hati nak juga merasa keindahan bercinta ni. Gembira, bahagia, sedih, marah, cemburu, tapi mostly, rasa bahagia. Tapi aku takut. Takut aku terlupa, aku nak kejar cinta Tuhan, bukan cinta manusia. Kawan aku kata aku ni high taste. Demand melangit. Aku suka lelaki hensem(wajib), tubuh fit, genius, tinggi, funny, multi-talented, pandai main piano,berbakat dalam seni pertahankan diri, suka main bola sepak dan berjanggut. Tapi itu yang aku suka. Yang aku perlukan?
Dia sebagai imam aku, pembimbing aku, pintu aku untuk mendapat kebahagiaan hakiki nanti, jambatan aku kepada cinta-Nya, dia yang aku perlukan.. demand ke?
 Haa, dah start dah mushysalahkan filem ini pabila aku mula menjadi mushy di pagi sahur...


kedua, sahabat aku; Aja-aja fightik (bukan nama sebenar) dilamar seorang lelaki.(bukan lelaki sebenar...eh? sebenar, sebenar..) Aja-aja fightik kalut dan gugup. (bukan gugup sebenar). Aku dan rakan handaian gelak guling. (bukan guling sebenar). kisah ini tamat dengan... Aja-aja fightik menjadi matang. (bukan matang sebenar).


Mesti pembaca terasa mahu backhand aku laju-laju kan kerana asyik ulang "bukan ... sebenar". kalau anda perasan, aku gemar guna 'bukan nama sebenar' bagi merahsiakan identiti individu yang aku topikkan dalam post. juga, bagi menjaga maruah mereka..bak kata cekgu BEL aku..Miss Noty.(bukan nama sebenar)


Ketiganya, Watashi no tomodachi:Halimatun-chan (memang nama sebenar), da flew tu US. meneroka tanah mat saleh. harapan aku, moga iman dia teguh berdiri dan jiwanya tak goyah dek budaya baru di sana. dan, GAMBATTE Eton! aku tau, kau hebat dalaman dan luaran. Apapun jadi, kita tetap kawan! Kau kawan baik aku, dunia dan inshallah, akhirat. "Anata wa watashi no tomodachi,"  (^_^)


ps: Ton, puasa kasi penuh eh?? t aku pos duit raya-kalau puasa penuh laa...hehe...


to all, jadikan ramadhan kali ini sesempurna yang mungkin. ingat, 
"Come hell or high water, Allah is enough for me..."


salam ramadhan mina-san! :)

Comments

Popular Posts