hari jadi Cik Bella. blushing.

19 September
Setiap tahun, tarikh ni aku tunggu penuh sabar.
Berkira-kira, agak-agak,
berapa ramai orang wish aku tahun ni?
banyak tak kad birthday aku dapat?
makhluk keji mana yang akan baling telor busuk kat aku?
adekah aku akan diprank?
mungkinkah hadiah ari jadi aku ialah...abang Minho?
atau mungkin, Super Junior mempersembahkan konsert live untuk aku seorang saja. Kim Heechul akan buat lawak bodohnya, Siwon akan menghadiahkan aku sejambak rose putih,Kibum akan melutut dan bermadah berahi dengan aku, Donghae akan membuat aksi magiknya mempersonakan aku, Kyuhyun akan bernyanyi lagu Timeless untuk aku, manakala Eunhuyk pula akan menari disertai members yang lain dan Leetiuk akan bermain piano untuk aku. waduh..
macam-macam berlegar di fikiran aku.
kedengaran seolah aku ini self-centered. mungkin separa benar.mungkin separa salah.
dalam almari stadi aku, ada satu beg plastik jernih. dalamnya, tersusun kad-kad hari jadi yang aku terima masa di sekolah dulu. aduhai. hati ini bagai dihujani kapas-kapas salji tatkala mengimbau kembali kenangan indah itu.
semua kad hari jadi yang diterima hand-made. truly sincere. dan, cantik-cantik belaka. terima kasih rakan-rakan. terima kasih adik-adik.
 i owe u all.
antara prank paling keji pernah jadi kat aku?
prank ini skala 9.99 richter.
di dorm 6 SMK system. (bukan SMK sebenar).
aku seorang yang obses dengan bedak-Baby Johnson. dalam sehari, lebih 20x aku tabur bedak di tubuh, wajah, kaki, jari..etc.
jadi. satu hari.selepas mandi, seperti biasa, aku akan membuka loker dan mencapai bedak. setelah menabur di satu badan.wangi. budak-budak yang baru lepas mandi, juga seperti hari-hari sebelumnya, meniru aksi terlarang aku ini. namun, hari itu, bedak mereka tiada dalam loker. mula-mula, budak sebelah katil.lepas tu sebelah dia, sebelah,sebelah dan melarat ke side sebelah.konklusinya, semua orang dalam dorm aku kehilangan bedak.kecuali AKU. interesting.
jadi,mereka mulakan operasi mencari bedak. semua loker kosong. dalam loker aku pula ada bedak aku sahaja. setelah puas mencari, kami berkumpul di depan almari besar yakni almari beg-beg balik kampung.beg pertama diselongkar.tiada.beg kedua.tiada.seterusnya juga tiada...sehinggalah tiba giliran beg aku. pabila zip ditarik,maka...berbundle-bundle bedak el0k terletak dalam beg balik kampong aku.
kesimpulannya aku dituduh sebagai Pencuri bedak. terok aku kena basuh dengan satu dorm. nyaris meraung aku cuba menegak keadilan.
setelah agak lama aku bergelut dalam lautan lakonan menjadi budak-budak dorm aku, akhirnya...
                                          "HAPPY BIRTHDAY!!"
Prank yang lain juga agak keji. tepung, bedak, telor, kena pulau,biasa la tu..immuned dah.


hadiah paling best pernah aku dapat?
Hm..senyuman berseri (ikhlas) daripada mereka yang ucapkan selamat kat aku. sungguh, aku sangat suka tengok senyuman tu. kedengaran poyo dan agak memuntahkan, mungkin, tapi itu yang aku rasa. bahagia bila melihat senyuman itu.




dan, cupcakes buatan cousin aku-angah Syia (bukan nama sebenar).cool habis dia punya surprise. terkejut aku.touching..

tahun ni, alhamdulillah. masih ramai yang mengingati dan caring tentang aku. terima kasih daun selasih.
rakan-rakan, saya sayang kalian.
families, diri ini cinta kalian.
Tuhan, hamba Mu ini dambakan Mu.


may Allah bless us, inshallah...


*thanks for all those sweet messages and wishes guys. love y'all.







Comments

Popular Posts