suatu hari di hari raya...lalala

Bak kata orang Jepun, "Ohisashiburi"
maknanya.. 'lama tak jumpa..'
Selamat hari raya aidil fitri kepada kalian semua. Hari raya hari untuk bersuka-ria. Suka kerna berjaya puasa penuh (aku takpat laa tahun ni..sob,sob)
ada yang suka kerna dapat berguni mercun thunder-clap dan bola.
ada yang gembira kerna dapat makan kueh cornflack kegemaran ramai.
ada yang riang kerna duit raya dapat berkepul-kepul.
namun...
ada juga yang sedih.
sedih kerna ramadhan yang dicintai telah berlalu. hati tertanya, dapatkah kita bertemu lagi tahun hadapan?
sedih kerna raya kali ni kureng semangatnya.
sedih kerna tak dapat balik beraya.
sedih kerna tiada apa-apa yang menggembirakan. semuanya rutin yang sama setiap tahun.bosan.


bagi aku:
Ramadhan kali ni bukanlah ramadhan terbaik aku. mungkin tak perlu aku kemukakan sebab musababnya, kerna itu antara aku dan Dia.
justeru, aku tak mampu menyambut aidilfitri segembira yang lain. ayat fevret aku- "Takda jiwa laa.."
pagi raya juga dimulakan dengan sesuatu yang baru. Sebelum bersalaman, setiap individu akan bagi speech. interesting. (aku tak sanggup komen lebih, nanti skandel.niaya aku kena hentam. plus, aku pernah kena sound dengan salah seorang pembaca blog aku. Dia nasihatkan aku berubah dan ingat asal usul, lebih kurang..)


dalam aku asyik ulang ayat fevret, di saat bersalaman, air mata aku yang selama ni terpelosok nun jauh ke dalam, akhirnya tonjolkan diri. berguguran hingga aku teresak. tragik.
entah kenapa, sayu hati aku ketika bersalaman.(aku enggan bercerita tentang hal keluarga di sini. skandel nanti. blog bukannya diari walaupun hati aku begitu ingin sekali bercerita tentang segalanya..kerna, privacy is still, a privacy. a lil' respect would help).


hari ni, sahabat-sahabat aku dari zaman sekolah seperti tahun-tahun lalu, datang beraya di rumah aku. kali ni, 4 biji kereta.(4x5=20) lebih kurang 20 orang dan plus minus, 17 orang lelaki.(sejak-sejak jadi warga bio, ilmu hisab makin layu).
mungkin hormon oestrogen aku naik secara drastik, aku segan-segan di hadapan mereka. what the heck?
aku segan. aku sendiri bingung. motif? 
kemudian, seperti biasa, beraya di rumah Ma Lijah (bukan nama sebenar), jumpa sahabat-sahabat yang dah lama terpisah. Masya Allah.
tatkala itu baru ku sedar, betapa aku rindukan mereka semua. 
each one of them owns position in my heart. 
Persahabatan kami utuh.dan, aku bangga nyatakannya.dan, ketika itu juga, terdetik, andai keutuhan yang sama terjalin antara ... (bukan dot sebenar)
Tuhan, aku rindukan persahabatan yang jujur seperti persahabatan aku dan mereka ni. sungguh, rasa damai di hati ini bilamana mata aku menatap setiap wajah mereka.
mereka-sahabat aku.
mungkin, bagi aku, sahabat ialah keluarga aku. 
like they said, "sometimes family feels like strangers and strangers feel like family"
sebab tu, pantang aku, kawan makan kawan. kawan tipu kawan (takat tipu bodoh-bodoh lalang aku tak heran). kawan betray kawan. dan, kawan yang tak kenal erti berdikari.
friend is family.
family is family.


aduhai, sebenarnya, issues friend dan family ni sensitif, namun, hati aku berkeras mahu aku tulis tentang issues ini juga.aku sendiri bingung.mungkin, kerna aku takut untuk menulis tentang cinta dan perasaan. selalu sangat. 
dan, aku enggan menulis tentang berita. buletin utama sudah menyiarkannya. perlu ke ulang dua tiga kali?


jadi kalian, 
again, salam aidilfitri. inshallah ramadhan, kita kan bertemu lagi. moga ramadhan akan datang lebih bermakna buat aku, juga buat kalian.inshallah..
ki o tsukete minna-san.
(take care kalian)

Comments

Popular Posts