episod kronik.

Al-kisahnya, sekarang musim pelajar IPTA sedang berjihad di medan peperiksaan.nak dijadikan cerita, aku ni jua tergolong dalam golongan berkenaan. Alhamdulillah..

Semester musim kemarau ni, aku belajar Biochemistry, Microbiology, General chemistry, TITAS, Critical thinking, Japanese language, dan Karate-do. Bagi mereka yang dah biasa dengan alam sains yang menjahanamkan kepala semedang, subjek-subjek aku ambil ni subjek-subjek celah gigi je. Namun, bagi mereka yang di luar alam menjahanamkan kepala ni, mungkin akan geleng kepala sekali sambil berkata "Gil-le ahh!" 
(aku daa biasa dengan reaksi spontan mereka. dah immuned)

Setiap orang, Tuhan dah setting kisah hidup mereka, termasuklah kisah hidup aku. ada part, kita boleh alter, ada part memang terang tang tang Tuhan dah fixed smear kan dah. takda kompromi. (masuk dah bahasa mikrobe aku.penangan baru pas habis paper mikrobe tadi.)
Gini lagunya:
Masing-masing ada cara tersendiri untuk menyahut bilamana seruan belajar memanggil. aku jua ada stail unik yang tersendiri. ada orang mungkin perlukan suasana senyap sunyi seperti di dalam bilik kedap udara dan bunyi. Haa, lantak hang la. biar lemas seorang diri kat situ. nak sangat sunyi sepi kan.
ada orang pula boleh survive di tempat orang memekak macam orang sakai. terpekik terlolong, menjerit bagai nak terkeluar tonsil, ketawa macam lori balak, tapi dia maintain kat meja stadi, pandang fokus kat abcdefghij....aleh aleh dah lelap...zzz

manusia macam aku pula, tengok subjek. andaikata subjek itu memerlukan kompartmen ilmu hisab di otak aku, maka telinga aku harus disumbat dengan muzik. lazimnya, catchy songs la. baru-baru ni aku sedang dilanda ombak K-Pop, makanya lagu-lagu yang menemani aku senantiasa ialah lagu-lagu Super Junior, SNSD, Wondergirls, KARA, DBSK, T-MAX, 2PM...etc.
                                               Super Junior

                                                     2PM

                                                    DBSK

                                                  SNSD

                                                   KARA
Fevret aku? Haa, cooking-cooking dari SuJu dan Mister dari KARA. juga Mirotic dari DBSK dan Heartbeat dari 2PM, Gee dari SNSD dan semua lagu-lagu SuJu.juga Timeless love dari Xiah Junsu (DBSK) ft. minah-something. (dah aku bilang, aku nyaris obses dengan SuJu).
Bagi subjek yang memerlukan penghafalan yang jitu pula, aku memerlukan suasana yang tenteram aman damai bahagia sentosa.Dan, bersama sifat pentingkan diri, aku akan bermonolog yakni seperti sedang mengajar seseorang, sedangkan aku tidak punya intention untuk berbual dengan siapa jua ketika itu. stail aku stadi. unikkan? tapi agak menjengkelkan bagi teman-teman aku especially roommate terchenta sehingga memaksa dia lepak di bilik lain.maaf sahabat.


tapi, sepanjang aku bernafas, belum pernah sekali pun aku rasa loya ketika pulun habis-habisan ketika stadi. entah mengapa, episod stadi aku kali ni agak membingungkan dan penuh simpati. 
Ketika sedang pulun Biohem, mata aku blur, cycle glycolysis dah berbayang dengan Krebs cycle.Keliru. Mata pandang page tentang lipid, yang keluar di bibir ialah amino acid. Jammed~
malam itu juga, aku bergegas ke toilet dan..bukan o'o', tapi.. MUNTAH.ya rakan, aku muntah. ini kali pertama aku sebegitu.kronik. tambahan pula, aku tak mampu berhenti berfikir tentang maut. setiap saat, aku gentar. tertanya, bila dan bagaimana roh aku akan dijemput-Nya. macam psiko habis kan aku ni? lagi hebat, bila aku baca berita, budak medik di Indon mati sebab stress belajar. adoi..lagi bagai nak gila aden dibuatnya. Tapi nak buat macam mana? Mak aku kata, aku memang berfikir terlalu dalam. sejak kecil lagi. umur 4 tahun, aku dah tanya mak aku,
"Ibu.. Kalau ibu takda nanti, adek nak duduk dengan siapa?" bersama rintihan, seorang kanak-kanak berumur 4 tahun sudah berfikir sedalam itu. Dahsyat sungguh aku ni. Patut aku jadi ahli falsafah berjaya la..complicated aku ni.
                                                  vertigo
kemudian, aku kembali normal. masuk saja bab mikrobe, episod lain pula berlaku, aku mengalami giddiness atau vertigo. apa itu vertigo? (haa, google sendiri-bak kata dokter aku.damn) setiap kali aku paling kepala, aku mengalaminya.apatahlagi jikalau aku lentokkan kepala di atas bantal. Episod sama berlaku ketika aku sujud menyembah Dia Yang Esa.terasa mahu rebah.
lekas aku dibawa berjumpa Tuan Dokter yang hensem walaupun agak tua.
Syukur pada Tuhan, saat aku dalam kesakitan, tak mampu nak stadi di mana keesokan harinya paper mikrobe, (di mana aku yakin vertigo yang aku alami itu- disebabkan dosa-dosa yang aku committed. Allah bayar cash.) Tuhan bantu aku. Note ringkas mikrobe yang seringkasnya berada dalam tangan. Subhanallah. Ketika itu, cintanya Tuhan pada aku, pada hamba-Nya. aku tunduk merendah diri pada-Nya.
jadi kesimpulannya sekalian, jangan stress belajar. (aku juga menasihati diriku sendiri) Ingat, stadi itu kan satu ibadah. jadi, perlu ke kita stress beribadah sedangkan dapat pahala menggunung-gunung, Tuhan pun suka. setiap hari sayang~
jadi untuk aku tenangkan diri, aku recite Quran-penenang jiwa. teman aku sang Shiro (bukan nama sebenar) cakap kalau hati tak tenang, baca surah al-Jin. (juga Al-Mulk-surah fevret aku)..mujarab la juga. kalian cuba la ya andaikata kalian mengalami episod yang sama tapi tak berapa nak serupa dengan aku. Yang penting, ingat Tuhan, ingat Nabi, ingat mak ayah, dan adek-beradek, juga diri sendiri. (motivasi kepada diri sendiri juge)
Inshallah, sukses.
Fighting!!!



Comments

Popular Posts