a letter. salahkan posmen!

Ada satu hari ni, entah dari mana datangnya semangat mengemas bilik, aku yang lazimnya agak liat mengemas bilik, tiba-tiba bertindak mengemas bilik. Sedang aku berkemas, sebuah buku tebal overseas terjatuh ke lantai. aku mengutipnya. mata aku terpaku pada sepucuk surat berwarna kuning-kuning coklat. namun, di dalamnya, putih bersih. Fond tulisannya berangkai.indah sekali. surat apa ni? Love letter ke? waaah, tatkala itu, blushing aku seketika. tak sangka aku ada secret admirer! aku pun mula membacanya. (tergendala seketika operasi mengemas bilik).


Dear,
it's cliche isn't it to write a letter. put it in a glass bottle and let it flow with the water, wind...hoping you'd find it someday.. fool.
(aku berasa sedikit gentar. apahal speaking loghat london pulak ni..sejak-sejak belajar bahasa jepun ni, bahasa inggeris aku makin lupus. bahasa melayu aku mulai goyah..)


hari itu hari bahagia. seperti sinaran pagi memancar ke wajah. seperti angin bayu belai rambutku. seperti aku berada di pantai, menghirup bau laut.bau itu. bau masin.bau kesukaan aku.
hari itu hari aku bertemu kamu.
aku tahu detik itu hati ini mahu bergegas melihat kamu. setiap saat membilang jari di mana dia, ke mana dia, bila dia akan pulang, aku tertanya..
aku mahu melihat kamu setiap masa. seperti pasir yang setia menunggu pukulan ombak, aku menunggu kamu.
aku tidak sedar perasaan aneh ini hadir. yang aku sedar hanyalah, aku mahu selalu melihat kamu.


saban hari aku sabarkan diri. seringkali aku bertanya, kenapa dengan aku? gila! aku perlu sedar. ini mungkin salah satu tipu muslihat dunia yang zalim. aku tidak mahu tertimbus dalam penjara nikmat yang berdindingkan kepalsuan. 
jadi aku pejamkan mataku. aku tidak mahu melihat kamu lagi.
tapi...
hati aku berasa sungguh pedih. kenapa?
semakin aku mahu menjauhimu semakin aku mahu melihatmu
menjerit-jerit dadaku merayu, meminta agar mata ini buka dan melihat wajahmu. tahukah kamu siapa kamu?
apa yang kamu ada sehingga aku begitu ingin sekali melihatmu setiap hari.
kamu punyai ketenangan. wajahmu tenang. indah sekali. dan, pabila mata ini menatap wajahmu, seluruh tubuhku berasa tenang. kamu, siapa kamu?
sungguh, aku tidak minta hati ini untuk menjadi begini.
dan aku tidak minta kamu memandang aku dengan pandangan itu.
pandangan seolah aku ini bukanlah siapa-siapa.
seolah aku ini meminta simpati.
harus aku akui, mungkinkah perasaan mulus ini datangnya dari Yang Maha Esa?
perasaan halus, yang sering berbisik. sungguh aku takut. 
Tuhan, lindungi aku daripada godaan musuh-Mu.
is this love?
aku tertanya. 
mungkinkah..ini cinta?
aku tidak minta kamu memberiku perasaan halus ini.
perasaan seperti melihat anak-anak kecil bermain bergembira.
perasaan seperti bernafas bersama embun di subuh hari ditemani kicauan burung yang indah.
seperti menjilat ais krim bersama teman-teman.
aku tidak minta kamu memberiku perasaan yang sama.
dan, aku tidak pernah meminta Tuhan memberiku perasaan halus ini.
adakah ini kesalahan ku? bukankah mencintai seseorang itu satu lumrah seorang insan?
cintakah aku pada kamu.
aku ketawa. mana mungkin aku berbicara tentang cinta. aku tiada kebaikan. tiada rupa, harta, akhlak. hanya sekadar iman senipis kulit bawang. mana mungkin aku tawan hatimu. aku tersenyum.
seperti bunga yang kehausan air.kamu terus mewarnai aku tanpa kamu sedar.
is this love?
tak usah kamu menjauhi aku.
kerana itu merobek hatiku.
aku mahu terus melihat kamu
walaupun dari jarak masa seribu tahun cahaya,
aku tetap mahu melihat kamu
kerana kamu memberiku ketenangan.
is this love?
bila ku melihatmu, gembira memenuhi seluruh hidupku. 
seperti pelangi mewarnai langit, seperti air menyejukkan tubuh, 
seperti matahari memberi sinar,
kamu memanduku.
is this love?
i wonder if it's real. 
even if you can't open the door
even if you can't give me the key
even if you can't turn to me
biarkan aku melihatmu...


kerana kamu pelangiku.


f.a kara f.a made.


..........


Dahi aku berkerut. mak aih, bermadah berahi isi surat ini. menggeletar jari aku memegang surat ni. tapi.. siapakah gerangan pengarangnya? mesti penulisan dia masa spm A1++. tapi dari gaya bahasa macam dari zaman parameswara pun ada...musykil tapi benar.
aku lipat balik surat tu kemas-kemas.
siapalaa yang pengarang surat tu cintakan sangat. naik hijau tekak aku membacanya.tapi..dalam loya-loya tu..
aku dapat rasakan pedihnya jiwa raga si pengarang surat. cinta tak berbalas? aku nak komen lebih-lebih aku sendiri belum pernah merasa indahnya bercinta sesama manusia ni. apa yang boleh aku cakapkan ialah...
kesian kau pengarang...takpa, cinta Tuhan ada. lagi best.lagi romantis. lagi mendebarkan..haa.


aku nak salahkan posmen sebab dia salah anta surat ni. suka hati je nak pos surat ke dalam buku tebal overseas aku ni. abang posmen, lain kali jangan buat lagi tau. jenuh aku nak membaca isi surat yang berkajang-kajang ni. kalau nak pos kat aku juga, pos laa jantung Lee Minho ke, cd original Super Junior ke, cek satu juta ke, tiket kapal terbang ke ,ada faedahnya juga.


jadi kepada pengarang-pengarang surat di luar sana,
tenang....


selamat berchenta rakan-rakan, dengan Tuhan!

Comments

Popular Posts