Bila kita betul-betul susah, siapa nak tolong kita....?

Masa exam, macam-macam aku puasa. Puasa megi (walaupun pada hakikatnya, aku dok melantak mami monster bagai nak rak), puasa tengok cerita 18sx (yg melibat adegan kissing, tidak melampau ye), puasa baca komik, puasa macam-macam la. puasa sunat je aku tak buat!
Tapi, sesudah je exam, lantak pi hang la. semua aku qada'! puasa qada' je aku tak buat! inilah manusia. bila dalam kesulitan, terang tang tang, before azan dah bentang sejadah. bila diberi kesenangan, kebebasan, fuh, sejadah kat mana pun dia tak ingat. manusia, manusia. inilah umat akhir zaman. termasuklah aku ya tuan-tuan dan puan-puan.

Time cuti semester ni, macam-macam aku teroka. lalainya.. Tuhan saja yang tahu. tak perlu aku eloborate berjela-jela. Allah kata kalau kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita akhirat nanti. Itu aib orang, kita dah kena tutup, apatah lagi aib diri sendiri. aku bukan nak mengaibkan diri sendiri, hanya nak beri pengajaran. manalah tahu, ada orang sama spesis dengan aku.

AL-kisahnya, bila dah lalai. Takdalah lupa sepenuhnya kat Tuhan. Ingat..Mana boleh lupa. cumanya, sesekali tu, kurang sedikit rasa gentarnya. (Naudzubillah) Tapi, bila dah lalai tu, rasa bersalah menggunung berapi. Haa, ketika itulah, dok teringatkan mati, alam kubur, akhirat, neraka dan sebagainya.. Menggeletar satu badan. padan muka.
Setiap kali sebelum tidur, takut takkan bangun esoknya. Tuhan je yang tahu bagaimana rasa takutnya sebelum tidur.
Tapi...itulah pahitnya yang aku kena telan sebab dah buat dosa. hati aku tersiksa.
Namun..Indahnya bila bertaubat, masya Allah! Tuhan je yang tahu. AKu pernah dengar dari rancangan agama atau baca dari buku, nikmatnya berjimak seperti setitik nikmat daripada syurga. Orang yang dah berkahwin tau la macam mana bestnya berjimak, aku ni hanya mampu membayangkan je. tapi aku yakin, mesti penuh nikmat. kata pun umpama setitik nikmat daripada syurga. tapi rakan-rakan, nikmat bertaubat, nikmat tersedar dari buat kesalahan, subhanallah... setiap hari rasa pun aku sanggup. dengan hati terasa lembut, tenang, damai.. ketika itu, rasa macam Allah betul-betul ada dalam hati kita (memang betul pun). rasa macam, Ya Alllah, sayangnya Kau kat aku. cintanya Kau kat aku..touching habis.
Itulah namanya hidayah...
Adakalanya kita dipancarkan hidayah Tuhan, adakalanya, dengan dosa kita, hati kita gelap.sepi.suram je. tapi, kalau kita rajin doa mintak ampun, mintak hidayah Tuhan walaupun tengah bergelumang dengan lautan noda, inshallah! Datang punya hidayah. Masa menentukan. So, senang cerita, doalah weh. doa. tak susah pun.
Tuhan suka kat orang yang suka berdoa. kalau kat mak bapak kita macam orang gila merayu siap sanggup cium stokin busuk bapak tu semata-mata nak duit pergi karok, takkan kat Allah, kita nak jual mahal? Hello, lu ingat lu hot? Kalau Allah tarik nyawa tu, terkangkang la hang tau dak. (Emo pula aku..sori)
So rakan-rakan, doa ya. sungguhpun ketika itu, hati ni takda mood nak berdoa. takpa, angkat tangan. doa je. mintak ampun pun dah mencukupi. sebab Allah always listens!
Ni member aku Moon (bukan nama sebenar) email kat aku. Thru email dia, Allah lembutkan jiwa ni. Baca ya rakan-rakan. mana tahu, hati kalian yang mungkin dah berkarat sejak berkurun-kurun dulu akan kembali bersinar-sinar? who knows. baca ya:

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan

Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai
Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Allahuakbar.. Touching tak touching? so tunggu apa lagi? cepat-cepat kita sujud mintak ampun kat Dia ya.
Rakan-rakan, doa jangan tak doa.
ps: jangan takut nak baca blog aku lagi lepas ni. manalah tau, kalian takut kena sekolah dengan aku. Chill. diri ini penuh kekurangan. sama-sama kita betulkan mana yang silap, elokkan mana yang dah elok.
"Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul,"
Inshallah. jaga diri.Dan, selalu senyum. boleh kurangkan garam dalam badan. baru manis sikit. sejuk hati suami tengok. Eh eh..ngee

dah, dah..salam rakan-rakan. selamat berjuang!

Comments

Popular Posts