MuSiCS. shalalalala in the morning~

Seperti mana yang kalian sedia maklum, aku ni kemaruk korea. Tak kisahlah, bahasanya ke, K-Popnya ke, drama melelehnya ke, filem merepeknya ke, makanannya ke, semua aku kemaruk. (aku juga suka semuanya tentang Jepun).
Sampai member adek aku cakap, "Antara tanda-tanda besar kiamat ialah bila semua perempuan kemaruk dengan Korea!"
aku gelak guling-guling mendengarnya. Bro, cemburu cakap aje la. Mentang-mentang kau tak sehensem mamat Korea yang kami suka, kau nak buat statement pula. (boyfriend aku orang Korea yakni Abang Lee Minho. sebab tu aku terpaksa back up perempuan yang minat Korea).
 
Tapi, satu hari ni, adek aku bernyanyi lagu Super Junior iaitu 'Sorry Sorry'. aku diam je la.bukan aku faham pun maksud lirik dia. tiba-tiba dia bernyanyi lagu lain. Tapi satu perkataan je la yang dia dok sebut yakni "Inshallah~ Inshallah~" itu je. aku bingung sebenarnya. barangkali lirik lagu tersebut hanyalah 'Inshallah'?? manalah tahu kan..
Jadi untuk menghilangkan keraguan yang mula menyinggah, aku Google.
BANG!
 
Maher Zain yo.
Subhanallah. Sungguh, aku terpesona dengan lagunya dan lebih-lebih lagi, bait-bait indah liriknya. Aku mengaku aku bukanlah kipas-susah-mati nasyid dan sewaktu dengannya. Stereotype, bagi aku lagu nasyid semua sama. jarang berkesan di batin aku.
lagu nasyid yang aku boleh layan sikit lagu Raihan (itu pun sebab aku kenal abang-abang Raihan tu dan lirik mereka tidak terlalu cliche), lagu Taubat seorang hamba, Wanita, Destinasi cinta, Puteriku sayang, Sahabatku teman sejati dan adalah beberapa lagi.(takkan aku nak sebut semua. Meleleh air liur kalian nanti.)
Ditambah pula, aku bukan seorang yang suka mendengar radio dan tak gemar membaca surat khabar (adik-adik diluar sana, jangan tiru aksi ini), kiranya nenek belakang rumah aku lagi berinformasi daripada aku. Jadi, aku tak kenal siapa Mahen Zain ni.
 
Terima kasih kepada adik aku, aku berjaya mengenali lagu-lagunya. Mungkin Tuhan mahu aku rehat daripada mendengar lagu-lagu Korea. Dah hitam legam hati ini agaknya. itu pasal haa, diberinya aku peluang dengar genre lagu yang berbeza. Aku lega juga aku jumpa lagu dia.
Ketika aku sedang asyik mendengar lagu-lagu Mahen Zain, adek aku dengan baget hensemnya berkata, "Oh kak, ni lagu K-Pop baru ke?" Tak ke aku rasa seperti hendak sumbat stokin 4 minggu tak basuh aku ke dalam mulutnya? Konghajo sungguh.
List ini antara lagu Mahen yang dah berjaya menambat jiwa aku:
1.For the rest of my life
2.Inshallah
3.Always be there
4.Barakallah.

Memang aku dok rewind banyak kali lagu ni, ketika sedang facebooking, blogging, masak, makan, membaca..time 'jual saham' je aku tutup..
Disini juga ingin aku selitkan bait-bait indah 2 lagunya. Barangkali ramai antara kalian dah tahu lagunya dan dah kenal sangat dah pun dengan mamat Zain ni.(bukan anuar zain okay!) tapi takpa, aku nak selitkan juga. sebab aku jatuh cinta dengan keindahan bait-bait lirik ini...enjoy!

Inshallah:
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insha Allah Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Haa? Macam mana? Betul tak apa aku cakap? Part fevret aku ialah 'Don't dispair and never lose hope, cause Allah is always by yourside..' memang menyentuh kalbu.
 
For The Rest Of My Life:
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there' a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you..loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I.. I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I..I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I..I`ll be there for you
I know that deep in my heart


FYI, lagu ni dia dedicate untuk isterinya... disebabkan aku ni berjiwa romantik, jadi aku rasa, dia sangat sweet dan romantik sangat... kalau kalian teroka lirik lagu ni sungguh-sungguh, kalian akan dapati dia cinta isterinya kerana cintanya pada Allah. Subhanallah. speechless aden.
selalunya, orang kalau berchenta, lantak pi hang la. kita berdua, sehati berdansa, kau daun aku ulat beluncas, kau bulan aku bintang, kau music aku irama, akanku redah lautan api. cit. podah. baru kena minyak panas sikit sebab goreng ikan dah menjerit bagai nak sasau.(aku la tu) inikan pula lautan api konon. (emo lagi aku ni...maaf, maaf)
jadi, kesimpulannya, aku sukalah lagu mamat ni. terkesan di jiwa kalbu batinku. disamping tu, dapat cedok pahala kan? sebab dalam lagu-lagu dia, terselit pujian-pujian kat Tuhan. see, free je dapat pahala sambil bernyanyi weh. mudah-mudah.. bagi sesiapa yang belum pernah merasa melodi indah Mahen, silalah dengar ya. jangan segan-segan. tak gay punya dengar lagu lelaki sekiranya anda lelaki. dan bagi gadis umpama aku, inilah peluang kalian untuk mencari lelaki yang cintanya pada kalian kerana cintanya pada Tuhan.
 
Selamat mendengar! Fighting! ^__^

Comments

Popular Posts