apa kabau orang kampong!

Assalamualaikum! Allah, lama kita tak ketemu ye. Maklumlah, bila dapat cuti 2 bulan, dalam kepala ni dah ada list APA NAK BUAT: nak qada' tido, makan masakan ibu, tonton drama & movie korea, layan kpops...etc.
Hari ni topik kita banyak. bersedia ye rakan-rakan. Bukak mata BESAR-BESAR!

Mula sekali ialah hijab. (sebabnye, aku tengah tengok Selami Jiwa. Cath bicara pasal pengalaman dia pakai hijab...best ohh)
Demi Tuhan, aku bersyukur aku memakai hijab. Walaupun starting point aku pakai hijab bukan la sesaat selepas aku baligh, tapi, alhamdulillah, umur 14, aku serius pakai hijab. Mula-mula, di sekolah saja aku tutup kepala.cukup syarat. Bila di luar kawasan sekolah, uniform baru.
Pernah satu hari ni, aku pakai skirt parat lutut warna light blue pergi TMC (kedai supermarket kat bangsar KL) dengan abang aku. Sepatutnya, aku rasa hot dan bergaya. yelah, skirt, mini shirt, free hair. muka pun baby face habis. takda jerawat. gebu gitu. zaman muda-muda kan. sepatutnya la..
tapi, sebenarnya, masa tu, hati aku rasa macam nak pecah. berdebar-debar. takutnya....jadi..Aku cuba tenangkan diri..chill.

Satu hari lain pulak, aku pergi lawat ibu di hospital. Aku pakai shorts ketika tu. Sepanjang perjalanan ke hospital, aku termenung. Dada aku terasa senak. Hati aku rasa tak sedap.badan aku menggigil. takut. gementar. gelisah. Jadi aku diam je sampai abang aku pun naik jam.
Sampai kat ward ibu, air mata aku terus menitik. Aku menangis kat bahu ibu. Terus ibu bagi seluar tido dia kat aku. (seluar tido tu kaler hijau taik lembu, corak batik dan bukan nak kata apa laa, huduh.) tapi takpa, aku pakai. aku tak sanggup tahan rasa bersalah menggunung di dada, menghimpit jiwa aku.
Acik aku selalu tegur aku, "Bila kau nak pakai tudung ni? Kau dah besar tau. Dosa kau tanggung sendiri," 
Aku buat muka. Dalam hati, berbakul sumpah seranah aku fire.Masa tu aku tak sedar pun, nasihat dia tu, tiket untuk aku 'bebas dibakar api neraka'. sekarang, baru aku sedar...(alhamdulillah)
Pernah terfikir, nak pakai tudung labuh. baju longgar. tak ikut body shape aku yang tak hot ni. kira cam betul-betul tutup aurat. Pernah aku try. Masa kat matriks. tahan sehari dua je.(itu pun pinjam tudung Mun, bukan nama sebenar) lepas tu, tudung bawal balik. Buat masa ni, aku belum berubah ke tahap tu lagi. Inshallah, someday...doakan ye rakan-rakan.

Stereotype pemikiran rakyat jelata, orang free hair mesti hampas. Weh, sebelum keluar statement tu, fikir leklok. Terjadi kat diri ni. Ramai sahabat-sahabat aku free hair. Dan, sejujurnya, yang free hair ni la banyak bantu aku saat aku susah. Banyak motivate aku saat aku down menjunam. (Sahabat-sahabat aku yang berhijab pun baik-baik belaka. aku sayang sampai mati)
tapi, point aku ialah, kita jangan mark orang based on luaran. Yeah, first impression is essential. but sometimes, it could be a lie.Dan, iya, berhijab itu PERINTAH Allah he, bukannya saja-saja nak buat gempak atau ikut suka hang la nak tutup ke tak. jangan salah anggap. Tak sampai seru la. Belum ada feel nak bertudung la. takda maknanya. Wajib weh. Tiada kompromi.

Tapi, jangan pula kita HINA dan gunakan kekerasan. Jangan paksa-paksa. Nanti lagi dia tak nak berhijab. Yelah, andaikata ada orang yang berhijab paksa aku berhijab , akan tertulis dalam kepala otak aku yang, orang berhijab ni super menjengkelkan dan bossy! Sebab tu, pada pendapat aku, kita jangan paksa, tapi kita galakkan. Belikan kawan kita tudung, mana tau satu hari nanti, bila dia try try kat kepala, haaa, seperti titisan hidayah Allah jatuh ke hatinya. Terus berhijab. Subhanallah. Tu salah satu cara la.Konklusinya, jangan judge orang through luaran ok.
Imam Ghazali pernah cakap, jangan judge & mark orang jahat, sebab, mana tau bila dia nak mati nanti, dia sempat mengucap kalimah agung Lailahailallah, dapat hidayah? sedangkan kita? Haa, ending kita belum tentu baik ya tuan-tuan dan puan-puan. Moga kehidupan kita diakhiri dengan husnul khatimah (pengahkiran yang baik) inshallah... 

Topik ke 2 ialah kekuatan atau orang kampung aku suka sebut strength.
Kekuatan yang aku maksudkan bukanlaa kekuatan macam 'boleh tolak lori dengan hidung' ke apa.Bukan kekuatan fizikal. Ini tentang kekuatan dalaman, di mana aku rasa aku kekurangan kekuatan dalaman.
Sebab, bila aku janji dengan diri aku, contoh; aku akan stop buat sesuatu benda ni, esoknya aku buat lagi. Lepas tu aku menyesal, janji tamau buat lagi. Next time, aku buat lagi. Langsung takda determination. Takda disiplin. Malu dengan Tuhan, malu dengan orang sekeliling, paling penting, malu dengan diri aku sendiri. 


Tapi bila dengar bait-bait ni...
Everytime you commit one more mistake
You feel you can't repent
And that is way too late
You're so confused
Wrong decisions you've made
Hurt your mind and your heart is full ashame
Don't despair and never loose hope
'Cause Allah is always by your side
Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him, raise your hands and pray
Oh Ya Allah Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one that showed me the way....

Hiba hati ni..Masya Allah. Ustazah aku cakap, bila kita buat salah atau dosa, kemudian, kita rasa bersalah, itu tandanya, kita masih ada iman. Itu tandanya Allah masih sayang kita. Itu tandanya, kita kena cepat-cepat sedar dan tinggalkan kesalahan tu. Don't ever look back. 
Aku belum capai tahap tinggalkan and don't ever look back because I don't know my future. Tapi aku sangat harap in the future, aku takkan look back. Aku nak stay di jalan yang lurus, disirami dengan cahaya Ilahi, ditemani guidelines Dia, dipagari rahmat dan kasih-sayang Dia dan di penghujung jalan, aku harap Dia menanti aku dengan rindu dendam dan cinta yang tak berbelah bagi. amin..


Topik seterusnya ialah hormones. Orang perempuan kan special. aku rasa semua tahu. Bila bulan mengambang, hormone level pun dengan drastiknya meloncat naik. Bab hormone ni luar kawalan kita. Kita takda remote nak  kontrol benda alah ni. Semua kerja hypothalamus (bahagian dalam kepala otak kita) yang kasi renjatan kat pituitary supaya rembeskan hormone FSH dan LH supaya follicles yang dah matang tu bebaskan hormon estrogen
aku faham kalau kalian dah muntah darah ke muntah shrek ke..abaikan fakta menarik aku tu.(bak kata abang-abang aku, aku fond of bragging about my knowledge, which is so not true~)
Bila sekumpulan hormone ni dah berleluasa dalam badan, perempuan akan jadi lain tau. Macam kes aku, hati ni baran je. panas. (nama glamournye PMS: premenstrual syndrome.nak tau lebih lanjut, go google!)


Macam ada satu hari ni, mak aku mintak aku masak nasi, nak cari soket periuk nasi. tapi tak jumpa, sebab dekat plug tu, bergulung-gulung wayar-wayar oven, mikrowave, water heater, kipas, semuala..terus aku hot. tak pasal-pasal aku dah mengamuk. Dengan mak aku sekali mengamuk. (bila teringat balik, macam bodoh je mengamuk sebab tak jumpa wayar rice cooker. Bodoh gile. padanla mak aku nak senduk aku time tu)

Kes kedua, haaa, sengungut, sesungut, senggugut, whatever! macam-macam nama ada. Orang kampung aku suka sebut menstrual cramps. Serius cakap weh, sumpah sakit! Dia punya sakit tu, sampai aku tergelak laa kalau kena. (FYI, kalau terlalu sakit, terlampau sakit, aku takkan nangis, sebaliknya, aku akan gelak..so kalau aku terluka kena pisau ke apa, lepas tu aku gelak, tu tandanya betul-betul sakit laa tu).
Pernah, aku tak pergi kelas sebab sesungut ni. (aku tak suka ponteng kelas. anak murid yang soleh.) Dulu tak teruk, tapi sejak makin matang dan cantik ni, makin melambung-lambung tahap kesakitannya.overdose.
jadi kepada sang Adam, tolong hormati sang Hawa ye. Kalian tak tau, betapa deritanya kami setiap bulan tau. 12 kali setahun! itu tak campur sang Hawa yang beranak. Itu layak diberi penghormatan. Seribu urat putus tau masa melahirkan anak. Jangan main-main. tu pasal kalau meninggal time melahirkan anak, entitled sebagai syahid kecil...haaa. so, kasihi dan berlembut la dengan kami. *wink*
Ada seorang lelaki ni, dia orang Thai. Satu benda buat aku tabik spring kat dia. Dia ni, mana saja dia pergi, bila dia nampak seorang insan berjantina perempuan sedang mengangkat barang, (tak kira umur perempuan tu), segera dia akan menghulurkan bantuan. dia akan tolong angkat barang tu. bukan dia kenal pun perempuan tu, tapi it won't hurt to help right?
Dan, sifat semula jadi dia ni diakui oleh rakan-rakannya yang sememangnya menyampah tak hingat kat dia sebab perempuan semua sayang dia. Tu bukan muslim tu. Kita yang muslim ni, kena la lagi hebat. Fighting! (ni la mamat Thai tu):
Kalian, buat masa ni, itu jela topik-topiknya. aku sedar, dah panjang berkajang dah ni. cukup-cukup laa tu kan. 3 Januari ni dah mula kelas. 2011 dah nak masuk line. Moga semester baru & tahun baru ni akan mengajar aku, kau, dan kalian erti kehidupan, pengorbanan, persahabatan, kasih sayang, percintaan, kesetiaan dan determination. Inshallah!


ps. Berikut ialah sang-sang adam yang gilakan aku (atau sebaliknya... -_-")








Jaga diri weh. 



Comments

Popular Posts