Little one: Cronicle of ZaRa episode 1

Countdown. 
Pagi tu aku dapat berita, dah start sakit. Berdebar. Ketika jawab paper CTU, terkenang-kenang. Dah ke?
2 jam kemudian, aku called bonda. "Macam mana?" (bunyi macam misteri gila kan?) Bonda reply. "Acu Jag!!" Aku tersenyum lebar. Gigi tak berapa nak putih ku terserlah. "Weh, Zara dah keluar!!" Jeritan aku dan rakan-rakan memekak di jalan raya. 
"Belum lagi daaa..." Ujar bonda sambil gelak halussss. Cit. False alarm rupanya. Penat aku berdebar.
Malam tu, aku pulun Genetik bersama Saru dan rakan lain. Sambil memberi Saru pisang, aku dan Saru berpeluh-peluh mengkaji setiap baris ayat dalam nota genetik yang tak pernah singkat tu. 
Bonda call. "Dah ada kat hospital. Kali ni bukan false alarm." Hati aku berdebar. 
Mak aih. Ni penangan genetik ke penangan Zara ni?
Time nak lelapkan mata tu, jantung aku berdegup macam kereta api nak pergi Hogwarts tu.
Duuu Duuuu Duuuuu. 
Dalam hati aku merayu kat Tuhan, moga Zara dan bondanya selamat dan sentiasa dalam dakapan-Nya.


6.10 pagi, bonda call lagi. "Jag, Zara daaa lahir!!!!!"
Ayat keramat tu keluar juga! Aku tersenyum. Mata masih melekap dek taik mata yang berderet di kelopak. Terasa bahagia. Seperti tangan Tuhan mengusap ubun-ubun kepala. Bahagia weh.
Alhamdulillah. Sebaris kalimah di bibir. Pagi tu,(pagi tadi sebenarnya) aku bersemangat ke dewan peperiksaan.Walaupun gentle cakap aku risau nak gila paper genetik ni, tapi sebab my little Zara dah selamat dilahirkan dan kakak aku pun selamat, nothing else matter. (wah statement! gaya mcm soalan genetik tadi tu celah kuku je pulak kan.)
Apa-apa pun, aku mewelcome baby Zara ke our big family with warm lovish hugs and kisses. (apa aku merepek ni. excited. biasalah.) 


Satu je berita menyayat hati! Aku TAK DAPAT kolej next sem! Konghajo! penat aku bersemangat kumpul kupon sem ni. Hantar sehari lambat je kot. Tu pun nak effect ke? Nak kena merayu ni. Tak kuasa aku nak duduk luar. kalau ada kereta ke boleh consider lagi. Ni setakat pakcik rapid. Hmm...tak perlu kot rejek permohonan kolej aku! (sabo, sabo...)


Anyhow, hari ni hari jumaat. 29th April 2011. Little Zara was born at 4.35 am 3.19kg. (aku lagi ringan weh!). Subhanallah...Dan, hopefully, sem ni, result cemerlang gemilang terbilang, dan hopefully juga aku dapat kolej!! Rayuaaaaaaan! (kene bubuh air mata ni)..


Ha itu je la. 
Paper seterusnya ialah Marketing dan Ecology. Doakan kami rakan-rakan.
Taking care.
Saranghae Zara~

P/s saya sangat gumbira hari ini!

Comments

Popular Posts