mixed 'em all now.

Assalamualaikum semua! 
Ohoi! Rindu? Aha! seperti bertahun-tahun tak ketemu. umpama Adam yang kesepian, rindu dendam di dada mendambakan sang Hawa yang terpisah jauh.  
Maklumlah, internet server di Malaysia ni taklah secanggih mana. Takat celcUm berokben yang sangatlaaa mencabar kestrongan iman aku. Karang kalau aku pijak-pijak berokben tu, aku jugak tak boleh pakai....Ikutkan hati, memang aku nak tepekkan je celcUm berokben nih...haii...
nasib baik sekarang ni dah ada unifi. no buffering wa cakaplu! (unifi kena bagi credit kat aku ni sebab dah tolong promote...hehe)
anyway, bila dah lama kita tak ketemu, memang berbakul-bakul la cerita dan kisahs berlaku. sebenarnya kan, sekarang sedang musim final examination, tapi yang bestnya, aku boleh tengah melantak megi kari hotcup sambil menaip entry ni. smart!(papepun, doakan laa aku dan rakan-rakan sukses ya kalian yang budiman, kasi up sikit. hehe)


Aku ada berita best. Tahun ni kan, inshallah, aku dapat 2 orang anak weh, anak buah! 2 orang sekali gus piyon piyon camtu je! hehe.. Aku faham, kalian mesti rasa macam nak baling kasut kat aku. Dapat anak buah pun nak kecoh ke, hekeleh, weh, memanglah gua excited, my 1st anak buah kot. Baby girl pulak tu. Adoii....anak abang aku...baby Zaraa...waaah, happy weh. Tak taula andai ada antara kalian loveless atau kekurangan kasih sayang. mungkin terlebih kasih sayang pun boleh buat kalian hati kering.


Khamis lepas, aku baru lepas paper economy. Haa, jangan bawak main, nama je gua ni budak Sains, sekali belajar economy tau. sekarang ni, kalau nak berbelanja pun kena consider adekah keshoppingan aku ini akan menjana ekonomi negara? atau melonjakkan inflasi? Dah dah la tu. paper pun dah lepas dah..hehe. saja nak show off. (jakun belajar ekonomi)
Hari tu, aku diberi komentar. Aku childish. Damn. Sebenarnya.... aku pun rasa aku childish kekadang. Tapi aku rasa aku ni matang jugak. ikut cuaca. 
Ala, dengan ibu normal la manja-mengada-mintak-penampar gitu. Bila lagi kan? Nak bermanja gedik macam tu dengan abang-abang aku? Pfft! Percuma je dikakikan aku nanti.
Tapi satu benda aku pretty confident dengan diri aku ni ialah, bila aku dengan member-member, aku jadi diri aku. takdalah aku ni buat teknik penyamaran bila bersama dengan mereka yang bukan member-member aku, cuma nya bila dengan budak-budak ni, aku rasa selesa. (dah macam split personality pun ada...Dr Jekyll & Mr Hyde.)


Member sekolah, member matrik, member TPM, member UiTM, member taman (ade ke...?) semua terbaek weh. aku sangatlaaa bersyukur kat Tuhan sebab bagi aku member-member yang cenggini punya best.
Antara movies/dramas yang menunjukkan persahabatan yang bikin gua rasa cam, "Bapak cool!" ialah macam dalam 3 Idiots, Grey's Anatomy, ofkos FRIENDS, Family Outing (korean variety show)..etc. Kalian kena tonton dan rasa keseronokan melihat krisis, drama dan sincerity friendship depa. Gua salute!


1 memori ni, aku takkan lupa all my life. Kejadian di TPM. Masa tu heboh virus H1N1. Satu negara gelabah ayam. Dan dan pulak time tu aku tengah demam. 2 minggu tak sembuh. Member-member dah cemas. Aku dok telan panadol. Entah berapa papan aku dah telan. Sembuhnya tidak. 
Masa tu english class. Member aku ni pujuk aku pergi hospital. Aku cakap tamau. Malas. Sejujurnya, aku cuak kot, andaikata demam tu symptom sebenar H1N1. damn, tamau mati awal. belum kahwin lagi kot. Kan? 
Member lagi seorang siap buka cell canggih dia, google map hospital Pusrawi. Member lagi sorang mintak car key member lagi satu. Kechaosan kami telah mendorong madam bertanya. Dipendekkan cerita, 4 orang bawak aku ke hospital Pusrawi untuk dirawat. Dari pukul 11 pagi hingga 5 petang, each one of them patiently waited. Alhamdulillah, aku sihat sejahtera. Symptoms demam aku sebijik macam symptom H1N1 tapi ianya bukan H1N1. Demam bodo je.Dan, aku sangat touched dengan kejujuran mereka risaukan aku dan kesanggupan mereka took care of me. Tuhan saja yang bayar cash kat korang nanti ok.
Disebabkan masa rehat aku dah semakin sikit, pepaham la. Minggu depan 2 papers kot. Genetik dengan CTU (Sejarah). Setepek free free je aku dapat. Abang aku kalau tahu aku berblogging ni, mahu sampai ahad depan pun tak habis sesi brainwash depa. hehe.. (gurau eh)
Satu pesan aku, bila stadi tu, biarlah berkualiti. Kot ye pun nak kejar Dekan, agak-agaklah. Tak perlu nak straight 7 jam menghadap buku. Buku tu pun naik loya, nak muntah hijau dah menghadap kau.Kau tak reti-reti lagi berehat. Take a brief rest. Layan tarian poco poco ke, silat cekak ke kan. Tak pun layan family outing (korean variety show yg berjaya kasi mulut gua cramp sebab gelak non-stop) ke kan. banyak benda kau boleh buat weh untuk elakkan dari stress. tak perlu beriya sangat stadi tu. kuantiti tak menjamin kehebatan kita time jawab paper tu nanti ok.(gaya macam aku ni hebat sangat laa kan.....well, kata aku ni adik kepada perunding motivasi..hahaha)


Bak kata Daniel henney dalam family Outing, "The time is now!"
Iyala, time tu stadi....hehe.. Orait kalian, inshallah kita ketemu lagi ya.


Taking care.saranghaeyooo~



Comments

Popular Posts