Sweetie-The Chronicle of Zara episode 2

Semester break.
Tiada yang lebih ditunggukan, selain cuti awam! hahaha.
4 bulan cuti. Sehari aku tak stadi, esoknya tu kepala aku dah zero. Inikan pulak 4 bulan. Tak dapatku bayangkan der...
Anyhow, cuti kali ni, lebih bermakna dalam hidup aku kerana... Cik Zara. Ibu.Dan juga Mama Zara.
Yelah, muka legend, tapi hati cute. (courtesy of statement Jambu) So, jiwa sharing is caring is loving tu adalah dalam diri ni.Di sini, aku nak cerita perasaan aku, dan kisah-kisah aku bersama si kecik Cik Zara Humaira.
Firstly (aceh,speaking) muka Cik Zara, sejibik macam baba dia! Adoi! Nasib baik cute. Nak dijadikan ceritanya, baba Cik Zara ni (yakni abang aku) suka buat muka karut dia tu.contohnya:
(1)kenyit sebelah mata sambil nganga mulut.
(2)Kerut dahi sambil bibir senget sebelah.
(3)kembang hidung sambil mata juling.
(4)kentotkan orang BAK! 
Disebabkan peratus DNA abang aku yang terwarisi kepada Cik Zara ni plus minus 99%, Cik Zara juga ada bakat mewarisi suka buat muka karut baba dia.
Tadi, ye kenyit sebelah mata sambil nganga mulut. 
Ari tu, masa aku dodoikan dia dengan penuh kasih sayang, dia...kentotkan aku.3kali!
Gaya tidur dia pun pelik. Favorite dia tidur meniarap. senang kentot. (hehe, bila zara da besar, dia baca post ni....masak aku ni!)
Gaya lain, gaya superman. sebelah tangan angkat tinggi-tinggi, sebelah lagi suku je. Ha, lagi satu, Cik Zara kuat terkejut. elok-elok tenang dia tidur, tiba-tiba... ZAS! Dem, dengan aku-aku terkejut. Cik Zara oii...

Kalau sebut Zara Humaira, ada sebab kenapa nama dia Zara Humaira. Puteri pipi kemerahan. Ya benar, pipinya merah. bahkan, satu badan dia kemerahan. macam kena panggang. sudahlah pipinya selambak. tak centre pulak tu. sebelah kiri terlebih sikit. Kemerahannya..mak datuk. geram weh geram. suka senyum. bila tidur, tiba-tiba ketawa.Mimpi syok le tu. agaknya dia mimpi acu dia tengah dating dengan Brad Pitt ke Remy Ishak ke kan? haaa, bagus Cik Zara, anak buah sejati.

Paling mustahak, Cik Zara paling hebat bila cakap pasal mengeliat. dia punya mengeliat, takda maknanya hangat-hangat taik ayam. Sekali mengeliat, satu badan berpusing. merah menyala gua habaq mai ni. Bila dia menguap, buku lima aku pun boleh muat masuk dalam mulut dia..Adoi, Cik Zara, rasa nak geget je.

Aku faham, jikalau kalian rasa aku seolah menGUTUK anak buah sendiri! Apa punya auntie ni! Haktuih sungguh!
Leklu. Aku tak habis lagi.
Cik Zara juga cukup terkenal dengan satu-satunya sifat yang diwarisi daripada acunya (yakni aku) iaitu....sleepyhead. Ya..she's a hardcore sleepyhead. aku surrender dengan dia. Dari pukul 4pm tadi, ye tidur sampai pukul 10pm. Gila! Lepas tu menetek, dah burp kan dia, netek lagi, burpkan dia lagi, lepas tu dodoi. Sudah.. 
Mata dia segar bugar. terkebil-kebil pandang mama dia. lepas tu, dia buat muka baba dia. smart! Mama dia dah tersenguk-senguk. Acu pulak take over dodoi. 
Aku dok speaking Jopun dengan dia.
"Anata no acu wa kawaii desu ne," Dijelingnya aku. konghajo.

Lepas tu dia cemek. Ah sudah. Aku pun peluk ye, dodoi. (tak tau nak describe gaya aku pegang dia time tu macam mana) Cik Zara tenung aku dengan sepasang matanya yang seksi lagi hot tu. (serius, mata dia..fulamak! menikam jiwa!)
Aku senyum comel. BAQ! Dikentotkannya aku. Budak ni...Lepas tu dia mengeliat (as usual), goyang sana sini. Aku buntu. macam mana nak tenangkan si budak kecik 4.3 kilo ni?
Bibir aku mula bergerak lembut. Bait-bait indah aku dendangkan. (Dzikirullah)
Unbelievable, Cik Zara terus calm down. Dia stop gerak-gerak. mata dia direct ke mata aku. and then, she smiles. Ya Allah, bahagianya aku time tu. Senyuman dia, tiada cacat celanya. 

Setiap hari mesti nak tengok muka dia.
Setiap hari mesti nak sebut pasal dia.
Setiap hari mesti nak dukung dia.
Setiap hari mesti nak cium dia.
Setiap hari mesti nak kacau dia.
Setiap hari mesti nak sayang dia....
Dia... Cik Zara, my sweet little niecey ^__^

Comments

Popular Posts