Lelaki buru rahsia perempuan!?? Cecite, cecite.

Member aku suruh aku update blog. So sekarang, aku update ye Cik Badak Pink. ^^

Tadi, aku bukak channel 391. (Aku dah cuba bodek mak aku pasang One HD channel 393. boleh aku tonton Running Man, Star King, Family Outing..etc tapi tu la. 
Mak aku jawab, "Ko bayar he?" 
Terus aku balas, "HD teruk Ma.tak payah la pasang. gambar tak clear pon!")





OK, citenye macam ni. Rancangan yang aku tengok tu ialah Qualification of Men. Ya, rancangan variety korea. Aku tahu sesetengah dari korang alergik dengan KPOPS, korea-korean menatang ni semua. Tapi, serius, depa punya variety shows, sumpah best! aku tak tipu. aku dah buat eksperimen. aku pasang show Running Man kat rumah. Ha kau! Abang-abang aku tengok weh. siap gelak tahap koyak mulut weh. Haa, baru tau penangan rancangan variety depa ni. 
OK, nak dijadikan cerita, segerombolan lelaki ni dikehendaki ke sekolah menengah perempuan (girls high school), universiti perempuan, perkampungan warga emas dan juga berjumpa dengan suri rumah secara berasingan.
(kat korea ada universiti khas untuk perempuan.Kat Malaysia takda U perempuan, tapi couch perempuan ada. itu pun banyak jantan-jantan tak sedar diri muka tembok, masuk dalam couch tu, siap duduk lagi. Peh, kasi gua panas jek!)


Lelaki A pergi ke Sekolah Menengah perempuan. Disebabkan dia etlit baseball yang popular, semua budak-budak perempuan naik gila. Dia jadi cikgu (kononnya). Jadi dia pun tanya-tanya soalan kepada mereka. Kesimpulan yang dia peroleh dari pertemuan itu:
          1.) Remaja perempuan sek. men sangat bersemangat. Penuh 
                  tenaga. 
            2.) Remaja perempuan berani tunjukkan apa mereka rasa secara 
                umum. Direct selling!


Lelaki B pergi ke universiti perempuan. Terasa macam dunia asing, semua perempuan. takda satu pun anak jantan berkeliaran bawak buku ke, racing naik motor ke macam kat U aku tu. sekor-sekor bawak motor macam  tak cukup tayar! Dipendekkan cerita, dia tanya beberapa soalan kepada mereka:

         1) B:Kenapa perempuan selalu makan tak habis? Adekah mereka
                   memang begitu atau di depan lelaki je depa makan tak habis?
             = Dengan perempuan, licin pinggan. siap jilat-jilat lagi. tapi depan 
                lelaki, kami kontrol sikit. tak nak kelihatan gelojoh, rakus atau 
                pengganas. Korang lelaki tak suka ke kami buat lagu tu?

          2) B:Tak suka kot. kami lelaki suka perempuan yang sihat! dan
                     cantik! Hot! Lagi satu, perempuan suka ambil gambar.
                     especially selfcam.kenapa?
              = Kenang kenangan. untuk memelihara kecantikan, keremajaan
                 kami. Gambar kan tak dimamah usia. so memori itu penting bang. 

          3) B: Bila lelaki mesej, korang akan terus balas atau tangguh-
                     tangguh?
              = Kami baca mesej tu masa tu jugak, tapi kami tak terus balas.
                 Makan dulu ke, mandi dulu ke. lepas tu baru balas. Sebab kami 
                 tak nak depa tau perasaan kami.

          4) B: Masa tu aku keluar dengan kawan perempuan, kami makan 
                     kek keju. Sebelum makan, dia ambil gambar kek tu dan terus 
                     upload di blog, facebook, tweeter..etc. kenapa he? semua 
                     benda nk buat macam tu?
               = Sebab kami nak beritahu semua orang apa kami buat hari ni,best 
                  ke tak.
               B: Korang rasa bangga lepas upload gambar-gambar tu?
               = Yelah. ofkos~ satu perasaan gumbira.
               B: perempuan suka berfantasi!

Lelaki Q pergi ke kampung warga emas. Dia dapati nenek-nenek sekalian tak berhenti bercakap. sampai dia nak cakap pun, susah. bila dia cakap, nenek-nenek tu buat dek je. Jadi kesimpulan dia dapat:
           1) Perempuan gila cakap. jipang bercakap. pok pek pok pek 
                  kerjanya!
             2) ....... aku stress dengan nenek-nenek tu. serius! sakit hati aku
                weh!

Lelaki G pulak jumpa suri rumah. Satu ahjumma (makcik) ni tanya dia:

Makcik: Kau dah kahwin nak?
G: Dah ahjumma.
Makcik: Bila kau kerja ni, kau selalu tepon bini kau tak?
G diam. Geleng. 
G: Tak pernah ahjumma.
Makcik: Gila kau ni. Laki aku satu hari, 2, 3 kali dia call. 
G: Yeke ahjumma? Banyak kredit pakcik!
Makcik: Yelah! Aku yang top up kan!
G tak terkata. 
Makcik: Kau kena selalu tepon bini kau. cakap I love you.
G buat muka geli. 
G: Euuwww. Ahjumma, jiwang gile. aku bukan mat karat laa. aku cool~
Makcik: Tengkorak kamu cool. Tepon dia sekarang!

G pun call bini dia. Bini dia sangat terkejut menerima panggilan suami tercinta. Makcik tu suruh dia tanya bini dia, dah makan belum, sedap tak, buat apa..bende-bende macam tu. Mrs. G ketawa. Sakit otak apa G ni. tetiba telefon kan. Penghujungnya, makcik suruh G cakap "I love you". Punyalah susah dia nak cakap. akhirnya dia cakap I love you tapi kedengaran seperti "Interview!"
Talian tamat. 
.......
Kemudian, makcik tu bawak G ke kedai-kedai cenderahati. Ada banyak kipas. Ala-ala kipas cap udang tu.(kipas yang mak-mak datin selalu pakai buat kipas badan tu). Tapi kat kipas tu tertulis ayat-ayat romantis seperti:

"Rindu kamoo" I miss you...
"Aku sayang kamoo..."  I love you....
"Aku cinta kamooo...."
"Aku tak mampu lepaskan tangan mu...." I can't let your hand go...

Makcik tu menggalakkan G pilih kipas yang tertulis  
"I can't let your hand go..." G ambil gambar kipas tu, dan hantar MMS kepada Mrs. G. MMS itu berbunyi:
"Abang beli ni untuk awak ^^ <3 <3" ( <3 ialah bentuk love)


Tidak lama kemudian, Mrs. G balas mesej G:
"Mesej abang sangat sweet. terima kasih bang.. Abang, bertahan ye. jangan putus asa. saya sentiasa sokong abang sepenuh jiwa raga saya..."
G sangat terharu. G cakap ni kali pertama isteri dia bagi mesej mushy macam ni. Dia tak jangka isteri dia akan balas macam ni. dia jangka isteri dia akan balas, "Gila poyo abang. Geli siot!" Tapi..sebaliknya berlaku. G sangat gumbira sampai dia tak mampu berhenti senyum sepanjang hari. Dia siap menitiskan air mata tu! punya laa terharu kan.


Itu laa info-info yang segerombolan lelaki ni berjaya kumpulkan.  
sebagai seorang perempuan, aku nak komen bahagian Mr G je.
Dear Mr G., girls/women, we really love to be loved. those pretty words meant to be said or whispered to our ears, but to say those words every single time as if they mean nothing. it doesn't work that way. and to NOT say them, worst! so, just say them as you truly mean it, from your heart. Then, you'll see how affectionate our reactions will be. 
Bagi aku laa....puahaha


So girls, jaga diri leklok. yang penting, Tuhan sayang kita. 
taking care. adios~
           

Comments

Popular Posts