Medina & Cupcakes 1



Balak, Mino dan El tergaru-garu kepala. Masing-masing terpaksa memerah otak mencari jalan penyelesaian. Tak pasal-pasal, masalah Ben juga jadi masalah mereka. Punyalah dah bertahun mereka tak berjumpa. Bila jumpa, bertimbun masalah diletak atas bahu mereka. Best dapat kawan macam Ben ni. Asal jumpa, mesti ada je masalah dia nak khabarkan. Hidup tak pernah senang.
Ben menggaru lengan. Mukanya serabut habis.
“Apa kau nak buat?” El akhirnya memecahkan suasana yang senyap.
 “Macam yang aku rancang. Korang ikut je plan aku ni.” Ben dah nekad. Dia dah fikir masak-masak. Benda ni harus dibuat. Dia tak mahu berteka-teki atau mengikut je lagi. Takkan ada masalah kot. Harap-harap.
 “Bro ni kali pertama aku tengok kau macam ni.” El menepuk bahu kawan lamanya itu. Mereka dah berkawan sejak kecil, baik buruk perangai masing-masing semuanya celah jari je. Kalau seorang antara mereka serabut, gerenti, yang lain pun akan serabut sama. Kalau seorang gembira, yang lain pun akan gembira sakan. Penangan brotherhood. Sanggup matilah orang kata.
 “Ni kali pertama aku rasa macam ni.” Angguk Ben.
“Rasa macam mana?” Mino menjungkit sebelah kening. Bukan senang nak tengok mamat ni jadi mat romeo.
Ben menyandar pada kerusi. Rasa macam mana? Rasa macam bulan ada dua. Rasa macam pelangi ada seribu warna. Rasa macam gula-gula jatuh dari langit. Rasa macam..
“Rasa macam nak makan nasi goreng kampung.” Balas Ben selamba sambil memberi isyarat kepada Pak Tam, tokeh gerai Tam Tam. Pak Tam yang sedang menebar roti canai mengangguk faham.
“Hekeleh!”
Semua menghentak meja sambil berdengus kuat. Geram dipermain macam tu. Ben menarik senyum separuh. Jangan harap korang dapat tengok ke-romeo-an aku.
“Anyway, kau dah jumpa Aisya?” Balak bertanya tiba-tiba.
Aisya? Oh Aisya! Ben menepuk dahi berkali-kali. Damn. Aisya.
“Belum la tu. Call dia pun tak?”
Ben geleng. Masaklah. Gerenti minah tu mengamuk sakan punya. Aisya, kawan baiknya sejak tadika. Susah senang, Aisya selalu ada. Dia antara kawan yang paling dekat di hati Ben. Tapi...
“Macam mana aku boleh lupa call dia ni?”
Walau kepala diketuk dengan batu giling sekalipun belum mampu menyaingi rasa bersalah yang menebal dalam hati.
“Gila kau ni. Punyalah lama kau dah ada kat Malaysia ni, kau tak call call dia? Masya Allah. Minah tu tunggu kau weh. Baik kau call dia cepat. Beli bunga ke coklat ke apa dulu sebelum jumpa dia.”
Balak dapat membayangkan amukan Aisya bila dapat tahu kealpaan Ben untuk menghubunginya sebaik saja mendarat di Tanah Melayu. Gila. Kawan baik. Sangat rapat. Mau tak mengamuk si Aisya tu. Kalau aku jadi Aisya pun aku bengang.
“Hadui! Masak aku kena bambu dengan minah tu.” Ben memegang kepala. Tambah lagi satu masalah.
“Bukan masak lagi weh. Dah kena rebus kau. Kukus. Grill. Panggang! Semualah!” Balak ketawa. Nasib kau la brader.
 “Takpa macam ni. Kita on je dengan plan kita. Pasal Aisya tu, nanti pandai-pandailah aku uruskan.” Ben menggaru-garu kepala. serabut, serabut.
“Ni Ben, benda yang kita plan beriya ni, untuk siapa sebenarnya? Aku tak rasa kau saja saja je nak buat benda ni. Mesti ada udang.” Mino menyandar sambil memeluk tubuh.
“Just a girl.” Ben menjungkit bahu. Bibirnya mengukir senyum.
“A girl?”
El menarik senyum. Hmm, menarik. Tak pernah-pernah mamat tiga suku ni nak bercakap pasal perempuan, apatah lagi buat sesuatu pasal perempuan. Exception untuk Aisya. Minah tu dah tak dikategori sebagai perempuan. She’s one of us.
“Ha, Aisya jangan lupa pulak!” Mino mencelah.
Ben menelan air liur. “Gila. Memang aku tempah selori bunga untuk dia.”
---

MeSays: My 2nd story. Yang 1st (Aku bukan Hana Tajima) pun belum habis buat, dah ada 2nd story pulak kan. huhu. Takpa, have fun reading. any suggestion or constructive nasihat/teguran sangat2 dialu-alukan. Insya Allah nanti akan diupload ke penulisan2u.com.^^

Comments

Popular Posts