Medina & Cupcakes 2



Seperti yang dijangka, selori bunga tak mampu meredakan amukan serigala Aisya. Namanya cukup lembut, cukup memikat. Nama isteri yang paling dicintai Baginda s.a.w. Tapi malangnya, nama yang lembut tu tak mampu melembutkan hatinya yang sekeras batu bata.
“Blahlah kau. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Berambus!”
Tengking Aisya, mengulangi ayat yang sama dekat empat puluh kali. Lagi sepuluh kali dia ulang, mahu berdarah telinga. Ben terasa nak hentak kepala kat tayar lori. Menyesal tak sudah. Macam mana la dia boleh terlupa kat Aisya. Aisya! Bestfriend dia. Ally dia! Buddy dia!
Hadoi..
“Sya, satu lori ni Sya aku bawak. Cantik-cantik tu. At least, senyumlah sikit.” Ben cuba memujuk. Aisya merengus, masih  mencekak pinggang, dan masih membiarkan Ben berdiri tegak macam tiang bendera sambil menampal muka bersalah habis kat luar rumahnya.
“Kau sial kan? Buat aku macam kau baru kenal aku semalam! No calls, no skypes, no sms, no letters, no postcards, nothing! Beratus aku hantar kat kau, satu pun kau tak balas. Berlagak sangat apahal?” Dadanya ditolak kasar. Ben terundur beberapa tapak. Tenaga sekawan lembu si Aisya bagi.
“Aisya.” Panggil Ben lembut. Cuba nak berdiplomasi. Mencuba nasib. Walaupun tahu, memang tak jalan punya. Aisya kot. Si hati batu.
“Kau tak payah panggil aku macam tu la. Aku takkan cair! Pergi jahanam!” Tempelak Aisya. Tubuhnya dipaling membelakangkan lelaki itu.
Ben mengoyak senyum. Ahh, ada harapan. Kalau dia cakap dia takkan cair, maksudnya dia akan cair la tu.
“Aisya.” Suaranya dilunak-lunakkan lagi. Mana-mana perempuan yang dengar, mesti lembik lutut punya.
Aisya menoleh. Matanya keras merenung Ben.
“Aisya.” Ben memanggil lagi. Perlahan kaki Aisya melangkah mendekati lelaki itu. Ben memandang wajah Aisya, masih tidak berubah riak.
“Aisya.” Kali ni suara Ben berubah normal. Dadanya berdetak-detik. Ok, sekarang aku risau. Sama ada kepala aku kena lepuk, tumbuk, sepak atau paling busuk pun, terajang. Ikutlah mood minah ni. Tapi macam ada possibility kena tempeleng je.
“Aisya, sumpah aku tak—”
Tubuh Ben terundur beberapa langkah. Hangat tubuh Aisya terasa menyelubungi seluruh badan. Tangan Aisya perlahan melingkari pinggangnya. Ben terpana.
 Apa yang dah berlaku?
 Bahu dan lehernya dicium Aisya berkali-kali. Pelukan semakin erat. Ben tak terkata. Sesaat dua berlalu.
“Aisya.” Ben akhirnya cuba meleraikan pelukan. Tangan Aisya di bawa ke turun. Ben memberi jarak antara mereka. Too long. A guy is still a guy.
“Janji dengan aku, kau takkan tinggalkan aku lagi.”
Ini kali pertama, dia melihat Aisya sebegini sedih. Namun, air matanya masih belum mengalir. Sekadar bergenang di tubir mata saja. Serius, hati gadis ni lagi keras daripada batu.
“Kau nangis ke Sya? Gila, tak rock.”
Aisya ketawa. “Mana ada bongok. Aku tak nangis. Aku sedih je.” Kepala Ben ditampar laju. Aku dah agak dah. Kepala aku mesti jadi mangsa dia punya lambat-laun.
“Kau nak sedih kenapa? Kan aku datang ni.”
Wajah putih bersih Aisya ditatap lama. Rindunya kat minah ni. Tapi kalau nak pegang lebih-lebih, mustahil. Dia ni bukan halal bagi aku.
“Sedihlah sengal. 3 tahun tak dengar cerita pasal kau. Risau kau tau tak. Bodoh.” Kali ni bahu Ben pulak jadi mangsa debikannya. Sengal dapat sebijik, bodoh dapat sebijik. Mana aku tak bebal. Macam-macam dapat daripada minah ni.
“Dah, dah, tak payah risau lagi. Aku ada kat sini dah. Tapi kalau kau tak stop debik aku, aku terpaksa blah la beb. Tak kuasa aku badan aku lebam-lebam. Penat aku work out siang malam.”
Aisya menjulingkan mata. “Gedik. Dah, jom masuk. Aku buatkan air favorite kau. Air longkang milkshake.”
Air longkang? Cis. Ben mengacah mahu memukulnya. Aisya mencekak pinggang. Mulutnya sedikit ternganga.
“Ohh mentang-mentang badan dah ketul-ketul, kau nak tunjuk hero la.”
“Eh mestilah. Takkan nak tunjuk heroin pulak? Apa barang?” Kening dijungkit sebelah.
“Betul gak tu. Cerdik jugak kau ni. Ingat bebal sentiasa.” Aisya ketawa mengekeh.
“Siot kau Sya. Weh, bunga dalam lori ni kau nak aku letak kat mana?” Ben dah angkat sebiji pasu bunga keluar dari lori.
“Kau ambil la balik. Tak hingin aku. Ambil balik. Menyemak je kat sini.” Aisya menolak mentah-mentah. Rahang Ben jatuh. Macam tu je dia reject keikhlasan hati aku ni? Celaka betul.
“Kau tak payah nak sentap. Yang kau cerdik sangat kasi bunga tahi ayam tu kenapa?” Aisya dapat membaca perubahan pada wajahnya. Memanglah kawan baik sejati.
“Ni bunga hmm.. Bunga kenanga la! Tengok! Cantik gila!” Balas Ben separuh yakin.
“Weh cerdik. Kau tak pernah belajar Sains ke? Cuba kau try bau bunga tu. Ada bau vanilla ke?” Aisya memeluk tubuh. Muka Donal Trumph ditampal.
Ben mengikut kata Aisya. Nyaris terlepas pasu bunga dari tangan. “Ha’ahlah. Busuk. Bau macam kau. Tengik!” Ben dah bagai nak gila tak tahan dengan bau bunga taik ayam. Padanlah minah ni mengamuk sakan. Selori bunga taik ayam rupanya.
“Bodohlah kau ni Ben. Macam mana kau boleh masuk universiti he?” Bahu Ben ditepuk-tepuk.
“Jangan kau berani kecohkan kat budak-budak ni he Sya!”
Aisya sekadar mengoyak senyum nipis.

Lima minit kemudian, wall Facebook dan laman Twitter miliknya dipenuhi dengan komentar-komentar berbentuk ejekan, gelak tawa dan penghinaan. Siap gambar selori bunga taik ayam diupload dan ditag namanya.

Kaedah terbaru pujuk member-Selori bunga taik ayam. Terharunyeee saye Ben! #AisyaRocker

Celaka. Memang tak boleh pakai punya member.
“Aisya, aku benci kau.” Ben mencampak tabnya ke atas meja. Baran membaca penghinaan di wall Facebook dan Twitter. Berjela-jela komen. Kalah artis.
Aisya ketawa mengekeh. “Apasal pulak nak marah aku?” Balas Aisya sambil tangannya ligat menekan butang-butang pada joystick. Ben berjalan ke sofa, matanya melihat animasi Messi merampas bola dari Kaka pada skrin LCD.
“Kau Argentina ke?” Tanya Ben, terus mengambil satu lagi joystick di atas lantai, berkira mahu bermain sekali. “Kau nak main ke? Kejap, kejap, kasi aku titik Brazil dulu. Dah nak habis masa dah pun.” Aisya merampas kembali joystick dari Ben. Menyibuk betul. Tadi ajak main tak nak. Sombong. Sekarang sama sibuk.
“Banyaklah kau dah nak habis masa. Half time pun belum.” Ben menendang peha Aisya. Gadis itu sekadar ketawa tak ikhlas. “Anyway, kau buat apa je sepanjang beberapa bulan kau dah ada kat Malaysia ni?” Aisya bertanya sambil memandangnya sekali imbas.
Ben menyandarkan kepala pada sofa. “Macam biasa, pergi dating, outing.” Balas Ben. Aisya ketawa lagi. “Bapak kau still dengan projek pencarian jodoh dia tu ke? Adoi. Kesian kau beb. Baik kau kahwin je cepat. Habis terus projek misteri bapak kau tu.” Balas Aisya dalam tawa.
“Ha cerdik kau ni. Memang nak kahwin tu macam nak makan. Pilih je nak yang mana je. Tak pun beli kat kedai mamak, tapau bawak balik.” Ben menjeling. Sakit hati dengar kata-kata tak educated dari mulut si pemegang ijazah kedoktoran ni.
“Oh aku ingat kahwin ni macam main PS ni. On je.” Balas Aisya masih nak bergurau. Ben menggeleng kepala. Umur je dah masuk 29. Perangai macam 19. Aisya, Aisya.
“By the way, apasal kau tak kerja hari ni? Doktor pun boleh ambil MC sebab nak main PS ke?” Perli Ben berbasi. Aisya menjeling. Amboi, mengata nampak.
“Kau ingat doktor ni 24 jam kena menghadap pisau bedah je ke? Kitaorang pun ada benda lain nak menghadap jugak. Tak macam kau. Dok main dengan robot je. Kalau tak robot, kamera. Tak kamera, robot. Life kau sangat sadis bro.” Aisya masih tekun menekan butang joystick. Sesekali dia menyumpah bila bolanya digelecek pihak lawan.
“Hei, yang kau pegang tu pun boleh didefinasi sebagai robot jugak kau tau tak!” Joystick di tangan Aisya diambil dan digoncang-goncang. Aisya menjerit geram. Terus dilepuknya kepala Ben. “Kau tengok! Tak pasal-pasal Ronaldo dah gol! Semua salah kau!”
Ben menjeling. Perangai tak ubah-ubah. Kasar sentiasa. Mengalahkan anak jantan. “Weh dahlah, lagi lama aku dok sini, lagi lebam-lebam badan aku. Aku gerak dulu la beb.” Ben bangun dan mengeliat besar.
“Ala relax la. Kata nak main game. Satu game jom. Lepas tu kau nak blah, kau blah la.” Pujuk Aisya. “Ah takda. Kau punya satu game nanti sampai lima, enam, tujuh game. Kematu tangan aku nanti. Takda, aku nak balik.” Ben menggeleng. Tak kuasa dia duduk lama-lama. Sudahlah ni rumah anak dara. Kalau kena tangkap basah, mahu menyesal seumur hidup.
“Ala kecohlah mamat ni. Yelah, yelah. Kejap, aku ada something nak bagi kau.” Aisya mencampak joystick ke lantai dan segera berlari ke dalam bilik, mengambil sesuatu.
“Sya, kalau ubat-ubatan ke vitamin ke, takpa eh Sya. Yang kau post kat aku tu pun berlambak lagi.” Jerit Ben, dah tak sanggup nak menerima hadiah dari seorang doktor ni. Psiko betul.
Aisya muncul sambil membawa sebuah beg kertas. “Apa tu?” Tanya Ben tak sabar. “Balik nanti bukak. Jangan bukak sekarang. Kalau kau bukak, aku sepok kau nanti.” Aisya menjegilkan mata, memberi amaran.
“Baik buk.” Balas Ben sambil mengambil beg kertas itu.
“Thanks beb, and sorry again.” Ben mengoyak senyum. Matanya singgah pada wajah putih bersih Aisya. Cantik. Tapi sayang, kasar. Mengalahkan lelaki.
“Kau berani buat macam ni lagi. Memang putus kawan aku cakap kau Ben.” Aisya memeluk tubuh. Ben tergelak. Tak berani buat lagi!
“Ok gerak dulu.” Ben membuka tingkap lori.
“Kau jangan campak bunga-bunga tu kat tepi jalan Ben. Mahu kena tangkap dengan JKR kang.” Pesan Aisya. Ben ketawa. “Iyelah. Bye doc!” Jerit Ben.
“Bye Ir!”

Comments

Popular Posts